Korea Utara kutuk kekejaman Israel bunuh kanak-kanak Palestin

Korea Utara kutuk kekejaman Israel bunuh kanak-kanak Palestin

Korea Utara mengutuk Israel kerana menukar Semenanjung Gaza menjadi ‘rumah penyembelihan manusia dan tempat pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak’ susulan konflik terkini antara Rejim Zionis dan pergerakan Hamas, lapor majalah News Week.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Korea Utara menyatakan bahawa ‘jenayah kejam Israel membunuh kanak-kanak masih belum memuncak dan menjadi cabaran serius kepada masa depan kemanusiaan di samping merupakan jenayah terhadap kemanusiaan’.

“Keseluruhan Semenanjung Gaza bertukar menjadi rumah penyembelihan dan tempat pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak.

“Tidak lama selepas pengeboman berakhir, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pihak berkuasa Israel cuba menyembunyikan jenayah mereka termasuk membunuh kanak-kanak,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, media antarabangsa ‘mengutuk keras Israel kerana berterusan membunuh kanak-kanak dan menuduh Rejim Zionis sebagai pihak bertanggungjawab mengusir penduduk Plaestin, meluaskan penempatan haram Yahudi dan menyemai kebencian dengan menghalang orang Islam solat secara aman.

Pertempuran terbaharu antara Israel dan Hamas di Gaza mengakibatkan beribu-ribu premis perniagaan dan rumah musnah. Seramai seratus ribu penduduk turut menjadi pelarian di Semenanjung Gaza.

Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, kira-kira 24 penduduk Palestin terbunuh dalam konflik selama 11 hari tersebut. Beberapa pegawai melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh di Israel.

Satu gencatan senjata dilaksanakan selepas sebulan ketegangan antara kedua-dua belah pihak memuncak. Israel dan Palestin masing-masing mendakwa memperoleh kemenangan dalam konflik tersebut.

Korea Utara sudah lama mengiktiraf kedaulatan Palestin di semua wilayah Palestin yang diduduki Israel kecuali Bukit Golan.

Pyongyang menganggap Israel sebagai ‘satelit imperial’ yang bercanggah dengan ideologi antipenjajah Korea Utara.

Selama beberapa dekad, keluarga Pemimpin Tertinggi, Kim Jong Un memihak kepada pejuang Palestin termasuk Hamas.

Dalam tahun 199 -an bekas pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Il membantu bekas duta Palestin ke Korea Utara, Mustafa Safarini mendapat rawatan kesuburan selepas menjalin hubungan rapat dengan pegawai Pyongyang, demikian menurut laman berita NK News

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/08/korea-utara-kutuk-israel-bunuh-kanak-kanak-palestin/

COMMENTS