Konsert Blackpink pula di Kuala Lumpur

Konsert Blackpink pula di Kuala Lumpur. Jika sebelum ini menggesa untuk membantah konsert Billie Eilish, kali ini pendakwah bebas, PU Syed mengusulkan untuk membantah konsert kumpulan Kpop, Blackpink pula.

Tegas dengan pendiriannya, PU Syed turut merancang untuk mengadakan himpunan bantahan sekiranya konsert itu masih diteruskan dijangka pada Mac tahun hadapan.

 

“Kerajaan wajib halang kumpulan ini dari jejak kaki mereka ke bumi Malaysia atau kami akan usahakan untuk buat himpunan bagi membantah kehadiran mereka ini,” katanya.

Konsert Blackpink pula di Kuala Lumpur

Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed berkata dia bimbang jika konsert tersebut boleh merosakkan akhlak dan kehadiran kumpulan itu perlu dihalang untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

“Mac 2023 bukan lama lagi, mula dari sekarang gerakan ntuk halang mereka ini. Keselamatan akidah dan akhlak umat Islam perlu dijaga. Jika orang kafir di Malaysia ini yang ‘selok’ sangat nak berhibur, silakan pergi ke Korea atau kemana sahaja tapi jangan di Malaysia,” tulisnya.

BACA:

Imej kapal terbang kelihatan di hutan Australia, “MH370 ke tu?”

Penumpang tiba-tiba melompat ke belakang buat pemandu grab cemas