Kongsi Foto Dengan Ashraf Muslim, Ini penjelasan mawar Karim

Kongsi Foto Dengan Ashraf Muslim, Ini penjelasan mawar Karim

Kongsi Foto Dengan Ashraf Muslim, Ini penjelasan mawar Karim. Umum tahu pelakon dan usahawan Fizo Omar sudah melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, kelmarin.

Bekas isteri Fizo iaitu usahawan Mawar Karim pula berangkat mengerjakan ibadah umrah. Menerusi Instagram Stories, Mawar menyatakan perjalanan kali ini dia tidak ditemani ahli keluarga mahupun anak perempuannya, Wan Maryam.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah foto terbaru yang dimuat naik Mawar di Instagram (IG) miliknya.

Foto

Hantaran foto bersama pelakon Ashraf Muslim di Makkah telah mengundang pelbagai reaksi sehinggakan ada yang mempersoalkan sama ada dia ingin menjadi isteri ketiga.

Bagaimanapun, Mawar menerusi kapsyen dalam bahasa Arab menulis, ‘ana la thlatha’ yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’ diikuti dengan emoji.

Difahamkan, Mawar dan Ashraf terserempak memandangkan kedua-duanya sedang menunaikan umrah di Makkah.

Dalam pada itu, ada juga segelintir waragamaya yang mendoakan agar Mawar bertemu dengan jodohnya satu hari nanti.

Terdahulu, Mawar dan Fizo pernah mendirikan rumah tangga pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Sumber :ohbulan

Baca:Ibu tunggal dicekup berkhalwat Alasan nak kahwin

 

 

COMMENTS