Komet gergasi bakal lintasi bumi minggu hadapan

Komet gergasi bakal lintasi bumi minggu hadapan.Sebuah komet sebesar dua kali ganda saiz Gunung Everest telah memasuki bahagian dalam sistem suria dan akan melintasi Bumi pada bulan ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.

K2 ketika itu dianggap sebagai komet aktif paling jauh pernah dikesan walaupun telah diatasi oleh megakomet bernama Bernardinelli-Bernstein tahun lepas.

Menurut ahli-ahli astronomi, K2 akan melakukan perjalanan paling dekat dengan Bumi pada 14 Julai ini di mana ia akan berada kira-kira 270 juta kilometer (km) dari Bumi.

Mereka yang tidak memiliki teleskop boleh melihat komet itu secara dalam talian menerusi laman web pemerhatian awam seperti Virtual Telescope Project yang dipaparkan secara langsung. Tayangan itu akan bermula pada pukul 10.15 malam (waktu tempatan) pada 14 Julai ini.

Selepas melepasi Bumi pada bulan ini, komet K2 akan meneruskan perjalanan ke arah perihelion iaitu laluan terdekatnya dengan Matahari.

Komet gergasi bakal lintasi bumi minggu hadapan

Saintis-saintis telah mengesan K2 selama beberapa tahun, namun berlaku perdebatan mengenai saiz nukleus komet itu.

Duta sistem suria dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Eddie Irrizarry dan Kelly Kizer Whitt berkata, lebar komet itu dianggarkan sekitar 18 hingga 161 km.

Saiz ekor komet itu pula sedang dibahaskan oleh ahli-ahli astronomi. Jejak habuk dan gas di belakang K2 dianggarkan berada pada lokasi antara 130,000 hingga 800,000 km.

BACA:

Ramai kecewa dengan reaksi Syamsul Yusof bila ditanya tentang Ira Kazar

Filem Mat Kilau dijangka cecah kutipan RM60 juta

Ini cara sebenar hilangkan rasa pedas, bukan teguk air suam