Komen Gadis Ini Undang Kecaman Ramai,dakwa perempuan Kelantan ‘Pisau Cukur’, pengotor

Komen Gadis Ini Undang Kecaman Ramai,dakwa perempuan Kelantan ‘Pisau Cukur’, pengotor

Sebelum ini, viral kisah seorang pemuda mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasih hatinya dipercayai bakal ibu mentua meminta hantaran sebanyak RM30,000. Nilai wang tersebut dianggap keterlaluan dan mahal sehingga menyebabkan dirinya tidak mampu. Kisah itu bagaimanapun telah mendapat reaksi netizen.

Namun, lebih menjadi perhatian ramai apabila satu komen yang ditinggalkan oleh seorang gadis ini undang kecaman ramai apabila didakwa dan menyarankan untuk mana-mana lelaki tidak memilih wanita dari negeri Kelantan sebagai jodoh disebabkan beberapa sebab.

Difahamkan, gadis berkenaan menyarankan mana-mana lelaki untuk tidak mencari jodoh dalam kalangan perempuan dari negeri Kelantan dengan mendakwa mereka pemalas, pengotor, jijik dan pisau cukur. Dakwanya lagi, perempuan Kelantan dianggap seperti warga Indonesia.

Undang kecaman netizen

 

Susulan itu, netizen mula mengecam posting gadis berkenaan kerana postingnya yang melibatkan maruah wanita dan negeri lain. Netizen turut menasihati agar dia lebih berhati-hati selepas ini untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur menghina orang lain dan melibatkan nama negeri.

Sumber:https://ohbulan.com/dakwa-perempuan-kelantan-pisau-cukur-pengotor-komen-gadis-ini-undang-kecaman-ramai

 

COMMENTS