Klinik gigi kena samun dengan lelaki berparang

Klinik gigi kena samun dengan lelaki berparang. Sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, berdekatan Bangi, Selangor disamun dua lelaki menggunakan parang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata lelaki dipercayai warga tempatan yang memakai topi keledar bersenjatakan parang masuk dan merompak staf dan pelanggan di dalam klinik berkenaan.

Katanya, dalam kejadian itu, suspek melarikan sebuah komputer riba jenis Macbook, dua telefon bimbit, wang tunai sekitar RM2,000 dan seutas rantai emas.

“Bagaimanapun dalam kejadian ini kesemua mangsa yang berada di dalam premis tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian itu juga tular di media sosial yang menunjukkan kejadian itu berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Klinik gigi kena samun dengan lelaki berparang

Video kes samun di klinik itu tular hari ini dengan seorang wanita dilihat bergelut dengan dua perompak itu untuk menyelamatkan barangan peribadinya dan turut kelihatan dua kakitangan premis itu. Turut kelihatan kanak-kanak yang terkejut dengan kejadian itu.

Mohd Zaid berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Katanya, pihak polis turut menyeru supaya orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.

“Anda boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

@utusantvofficial Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, menerusi klip rakaman kamera litar tertutup, suspek dipercayai berbangsa Melayu | 7 Nov 2022. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #bandarseriputra ♬ Mysterious – Andreas Scherren

BACA:

Neelofa pesan jangan suka-suka cium anak orang lain

‘Saya mohon maaf kepada DAP’ – Jamal

Netizen tabik spring Makcik umur 62 tahun ni steady main roller blade tak jatuh