KKM nafi keluarkan borang persetujuan vaksin

KKM nafi keluarkan borang persetujuan vaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan tidak pernah mengeluarkan borang persetujuan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seperti tular di media sosial.

KKM menerusi hantaran di Facebook berkata, maklumat palsu itu kononnya mengaitkan KKM mengeluarkan Borang Persetujuan Suntikan Covid-19.

“Kementerian ingin menjelaskan bahawa imej tersebut adalah palsu.

“Ia tidak dikeluarkan oleh KKM dan bukanlah borang persetujuan (consent form) untuk PICK,” katanya.

Imej borang yang tular itu mengandungi beberapa pertanyaan yang mengehendaki pemohon memaklumkan sejarah kesihatan.

Ia turut memuatkan ruang tanda tangan pemohon, saksi dan arahan supaya mengembalikan borang kepada klinik dan hospital.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/02/17/kkm-nafi-keluarkan-borang-persetujuan-pick/

Artikel berkaitan : Borang daftar vaksin Covid-19, penerima mesti setuju tanggung sebarang risiko

COMMENTS