Kisah sedih di penghujung karier P.Ramlee yang tak ramai orang tahu..

Kisah sedih di penghujung karier P.Ramlee yang tak ramai orang tahu..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. HAKIKAT SEORG ANAK SENI. SEDIH PENGAKHIRANNYA.

Oh P. Ramlee…

PADA penghujung kariernya, allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh (22 March 1929 – 29 May 1973) atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ‘Konsert 3 Ramlee’ yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie.

Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah ‘boo’ beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.

Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya.

Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari.

P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat banyak kekayaan dari lagu-lagunya.

Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang mengatakan KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.

Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling menyedihkan buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah atau berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian.

Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk membuat pinjaman wang.

Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat showdan menyanyi, bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja.

Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan.

Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka, akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang pelakon Aziz Sattar.

“Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka, saya dah tua.

Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa,” katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sehingga hanya makan nasi dengan berlauk telur.

Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia, Al-Fatihah.

(petikan dari P. Ramlee | History Channel Documentary)

Berita Penuh : https://trending101news.com/archives/803

COMMENTS