Kisah Lelaki Sangka Sedang ‘Dikepung’ Jerung Rupanya

Kisah Lelaki Sangka Sedang ‘Dikepung’ Jerung Rupanya

Kisah Lelaki Sangka Sedang ‘Dikepung’ Jerung Rupanya.Setelah diselamatkan, Ruari McSorley menceritakan tentang detik dia sesat sewaktu berenang di laut yang terletak di luar pantai di Co Kerry.

Lelaki yang berusia 24 tahun itu pernah menjadi tular pada tahun 2015 selepas dia ditemui dan diselamatkan 4k dari pantai kerana sesat di laut yang berhampiran pantai dekat Inch.

Lelaki tersebut kali pertama dilaporkan hilang pada Ahad sekitar jam 8 pagi setelah pakaian dan kasutnya dijumpai di tepi pantai oleh seorang pejalan kaki.

Ketika penyelamat menemui Ruairi pada pukul 8.15 malam, mereka mendapati bahawa lelaki itu dikelilingi dengan ikan lumba-lumba.

Bercakap kepada The Irish Independent setelah keluar daripada hospital, dia mengucapkan rasa terima kasihnya kepada mereka yang menemuinya.

Dia berkata: “Mereka sangat profesional. Mereka orang yang luar biasa, saya harus katakan. Mereka bukanlah seperti doktor atau paramedik yang berbayar. Mereka sukarelawan.

“Mereka adalah sekumpulan orang yang sangat hebat.

 Lelaki

“Mereka balut saya dengan selimut dan mengambil suhu badan dan segala-galanya dan kemudian membawa saya terus ke hospital.”

Ruari menambah: “Tidak ada mentaliti mangsa di sana. Selain sedikit kesakitan di bahagian belakang lutut saya, saya 100pc. Tidak ada masalah jangka panjang.”

“Cuma ginjal saya sahaja yang perlu diselaraskan semula, jadi tidak ada sebarang kecederaan yang serius.”

Dilaporkan bahawa ketika dia diselamatkan, Ruari risiko mengalami hipotermia tetapi dia menegaskan bahawa ‘satu-satunya perkara yang buat saya tertekan adalah semua orang panik terhadapnya’.

“Saya terus terjun sahaja, dan itu sahaja.

“Saya nampak rumah api Fenit masa dalam air, dan saya berkata, saya akan menuju ke sana. Saya tidak akan tahu jika saya tidak memulakannya,” jelasnya.

Dia memberitahu portal Irish Independent bahawa ada satu ketika dia berasa bimbang akan keselamatannya.

Dia berkata: “Saya terlihat ekor hitam di dalam air, dan saya tidak pasti sama ada ianya ikan lumba-lumba atau ikan jerung.

“Saya hanya terfikir, mungkin bukan idea buruk untuk saya jika saya Google dulu berkenaan kawasan itu sebelum saya melompat masuk, namun bernasib baik mereka hanyalah ikan lumba-lumba.

“Mereka tidak akan mencederakan anda. Saya tidak ada masalah dengan mereka.

BACA: Pengasas Telegram lancar ‘perang’ terhadap aplikasi WhatsApp

“Mereka hanya berenang berhampiran saya. Sekiranya ada apa-apa, mereka mungkin akan menolong saya. Ianya adalah suatu pengalaman yang berharga.”

Mengulas mengenai operasi penyelamatan pada ketika itu, Pengurus Operasi Fenit RNLI Lifeboat Gerard O’Donnell menyatakan bahawa setelah ‘pencarian panjang dan memenantkan’, para kru “gembira selepas berjaya mengesan perenang yang hilang itu. Mereka telah memeriksa kawasan itu untuk mengesan sebarang tanda pergerakan dan juga turut bimbang sekiranya tidak dapat menemuinya.

BACA: Selepas 21 tahun mencari, anak akhirnya dapat peluk lelaki bergelar bapa

“Air pada ketika itu sangat sejuk dan kita tidak tahu berapa lama individu ini telah berada di dalam air. Ketika kru kapal penyelamat menemuinya, mereka berada jauh dari pantai dan keletihan.”

“Kami ingin menasihatkan bahawa sesiapa yang ingin berenang memberitahu orang lain terlebih dahulu ke mana mereka akan pergi dan bila mereka akan kembali.

Dia menambah bahawa Ruari adalah “Individu yang sangat bertuah.”

BACA: (Video) Ustazah Menangis Sebak, Anak Murid Muncul Serentak Buat kejutan

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/14/sesat-di-laut-kisah-lelaki-sangka-sedang-dikepung-jerung-rupanya-sedang-dibantu-dilindungi-ikan-lumba-lumba/

COMMENTS