Kisah adik Yusuf kumpul duit sebab nak bayar yuran kawan curi perhatian ramai

Kisah adik Yusuf kumpul duit sebab nak bayar yuran kawan curi perhatian ramai. Perkongsian seorang bapa di media sosial hari ini menarik perhatian warganet. Menceritakan anaknya yang masih bersekolah rendah sanggup kumpul duit diam-diam hanya untuk menolong rakanya yang tak mampu bayar yuran KAFA. Berikut merupakan hantaran dari saudara Nasaie Ismail :-

Semalam Yusuf minta RM20, untuk genapkan simpanan dia selama sebulan yang dah capai RM80.

Tujuannya nak bayarkan yuran kawan. Bulan lepas dia maklumkan sedih, ada kawan nak berhenti sekolah petang (kelas KAFA) sebab tak mampu bayar yuran.

Rupanya dalam diam dia kumpulkan duit belanja sekolah dan duit yang atok, opah dan wan, tok wan bagi. Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100. Alhamdulillah petang ni InsyaAllah Yusuf akan bayarkan yuran untuk kawannya.

Kadangkala apabila tengok anak anak sebegini akan menyedarkan kita bahawa ukuran yang kita letakkan pada setiap anak-anak tidak boleh sama. Terutamanya dalam akademik.

Bukan semua anak anak mempunyai keupayaan yang sama. Tetapi setiap anak anak pastinya dijadikan dengan kelebihan tersendiri yang unik dan perlu diraikan kelebihan tersebut.

BACA:

Lebih 100,000 sudah tandatangan petisyen Najib tidak wajar dapat pengampunan

Penduduk Kampung Sungai Baru terus tuntut keadilan