Kilawan emas kedua negara pada Paralimpik Tokyo 2020

Kilawan emas kedua negara pada Paralimpik Tokyo 2020

Kilawan emas kedua negara pada Paralimpik Tokyo 2020.SATU lagi sejarah tercipta di bumi Tokyo apabila pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menjelmakan pingat emas dengan menumbangkan pemain ranking No.1 dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi di Gimnasium Nasional Yoyogi sebentar tadi.

Lebih membanggakan, Liek Hou yang membuat penampilan pertama pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berjaya mengatasi jaguh Indonesia itu dengan kemenangan straight-set 21-17, 21-15 dalam aksi final badminton lelaki kategori SU5.

Liek Hou yang merupakan juara dunia enam kali dilihat mengekalkan momentum terbaik meskipun Anrimusthi cuba mengheret perlawanan tersebut ke rubber set, bagaimanapun hasrat lawan itu tidak kesampaian.

 emas

Kemenangan tersebut merupakan emas kedua buat kontinjen Malaysia apabila atlet angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung selepas menang sukan powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/04/liek-hou-julang-emas-selepas-tumbangkan-jaguh-no-1-dunia/

BACA: Ust Daud Che Ngah positif Covid-19, dirawat di hospital

COMMENTS