kilang kicap telah lebih 50 tahun beroperasi guna perasa tanbahan ?

kilang kicap telah lebih 50 tahun beroperasi guna perasa tanbahan ?

kilang kicap telah lebih 50 tahun guna perasa tanbahan.Sudahlah berbau busuk dan meloyakan, pemeriksaan di sebuah kilang memproses petis udang di Pantai Acheh di sini, turut menemui ulat berenga di dalam tong penyimpanan makanan itu.

Malah keadaan kilang yang beroperasi sejak lebih 50 tahun lalu sangat kotor selain tidak mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP), Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaan pasukan kesihatan mendapati kilang tersebut menyimpan stok petis udang lama yang dipenuhi ulat berenga di stor yang sama dengan stok baharu.

Apa yang dibimbangi, kata Mohd Wazir, bekalan stok baharu petis udang yang tertera tarikh luput pada 2024 kelihatan sudah rosak pada fizikalnya.

Pemeriksaan pihaknya juga mendapati pemilik kilang itu telah menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengaburi mata pengguna sedangkan syarikat tersebut tidak pernah memohon sijil tersebut daripada pihak bertanggungjawab.

Ulat berenga yang kelihatan dalam tempat simpanan petis udang. - Gambar Astro AWANI

“(Penggunaan logo) amat membimbangkan kita sebab kebanyakan premis yang kita buat serbuan kita lihat masih lagi menggunakan logo halal, kita akan syorkan kepada agensi berkaitan supaya mengambil tindakan susulan sebab kita tak nak isu penipuan wujud dalam perkara ini,” kata beliau.

Mohd Wazir berkata demikian kepada wartawan selepas menyertai Ops Bersih di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, katanya, kilang itu pernah diserbu pada 2019 kerana kesalahan sama dan pemeriksaan kali ini pengusahanya masih tidak serik mengulanginya.

Susulan serbuan itu, pihaknya mengeluarkan dua notis kompaun berjumlah RM5,000 selain diarah tutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan.

Sementara itu, dalam serbuan kedua di sebuah kilang kicap di Jalan Batu Maung pula, pasukan penguatkuasa menemui najis tikus di dalam premis.

Menurutnya, pemeriksaan pihaknya mendapati proses pembuatan kicap di kilang itu dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran silang kerana terdapat bahan asing seperti sarang labah-labah di dalam tong penapaian kacang soya dan najis tikus di lantai.

Kilang itu turut dikenakan kompaun berjumlah RM5,000 dan pemilik diarahkan menjalankan pembersihan serta kawalan serangga perosak.

BACA: Rakan mangsa mati digilis kereta api kini diburu polis
Trafik yang sibuk terpaksa dihentikan serta merta gara – gara seekor ular

COMMENTS