Khir Toyo bakal buat ‘comeback’ di Sungai Besar

Khir Toyo bakal buat ‘comeback’ di Sungai Besar

Khir Toyo bakal buat ‘comeback’ di Sungai Besar. Bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo yang pernah dipenjarakan atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, antara 40 nama disenaraikan Umno Bahagian Sungai Besar untuk dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada Khir akan bertanding di Parlimen Sungai Besar atau dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya, iaitu Sungai Panjang dan Sekinchan.

Khir, 57, adalah bekas wakil rakyat Sungai Panjang, yang kini disandang Ketua Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar, Imran Tamrin.

“Sungai Besar hantar calon paling ramai untuk DUN dan Parlimen, saya terbuka siapa saja hendak jadi calon…cuma saya beritahu kena cukup bekalan…fizikal, mental dan kewangan.

“Khir Toyo pun saya hantar nama, jadi tiada yang nak main politik. Bagi saya, semuanya layak,” katanya kepada FMT.

Khir Toyo bakal buat ‘comeback’ di Sungai Besar

Pada 29 Mei lalu, Khir menyuarakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar untuk mengembalikan kerusi itu kepada BN pada PRU15. Pada PRU 2018, calon BN, Budiman Mohd Zohdi tewas kepada Muslimin Yahaya dari Bersatu yang bertanding atas tiket PKR ketika itu.

Menteri besar Selangor ke-13 (Ogos 2000 hingga Feb 2008) itu menjalani hukuman penjara 12 bulan bermula 29 Sept 2015, selepas Mahkamah Persekutuan mendapati dia bersalah menggunakan kedudukannya bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam untuk dirinya serta isteri yang bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta, pada 29 Mei 2007.

Dia dibebaskan dari Penjara Kajang pada 29 Mac 2016, selepas diberikan parol enam bulan.

Sementara itu, Jamal yang juga ketua komunikasi BN Selangor berkata, untuk berdepan PRU15, parti itu akan mengambil beberapa pendekatan bagi mendekati pengundi muda, termasuk meletakkan calon berusia 25 tahun ke bawah.

“Saya boleh pastikan ada dua hingga tiga orang bawah 25 tahun (jadi calon di Selangor),” katanya.

Mengulas saranannya supaya Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dijadikan “poster boy BN Selangor”, Jamal berkata, ia bukan bermakna tokoh perbankan itu bakal diangkat sebagai calon menteri besar Selangor.

“Kalau dipilih tanding DUN itu sebagai tanda awal beliau calon MB dan kalau bertanding (kawasan) Parlimen maksudnya menuju ke pusat,” katanya.

Tengku Zafrul dikatakan akan bertanding di Parlimen Kuala Selangor atau DUN Jeram, salah sebuah kerusi negeri di bawah Parlimen itu.

BACA:

Aset Petronas terancam, Waris kesultanan Sulu nekad merampas

Dinar kuwait paling mahal di dunia, pasti ramai yang ingin bekerja disana

Lembu berkepala dua gemparkan penternak di Kelantan