Khalid bidas menteri pertahan saiz kabinet yang besar

Khalid bidas menteri pertahan saiz kabinet yang besar

Menteri Kanan (Tugas-tugas Khas) Redzuan Md Yusof akur saiz kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai 32 menteri dan 37 timbalan menteri adalah besar namun diperlukan supaya program dan projek kerajaan berjalan lancar,

“Saiz pentadbiran PN tidaklah terlalu besar, walaupun ada sedikit penambahan berbanding pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“PH mempunyai 28 menteri, PN mempunyai 32 menteri. Lebih empat sahaja, timbalan menteri semasa PH adalah 27 dan PN 37.

“Tapi kementerian telah bertambah, iaitu dahulu ada 25 kementerian dan hari ini kita (PN) ada 27 kementerian,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Berikutan itu, Khalid Samad (PH-Shah Alam) bangkit mencelah dengan mendakwa jawapan yang diberikan oleh Redzuan mengelirukan.

Beliau berkata, saiz Kabinet yang besar itu bertujuan mendapatkan sokongan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Dari segi angka pun sudah jelas. Dalam suasana Covid-19, kebanyakan kementerian tidak dapat menjalankan program seperti dalam suasana biasa, tiba-tiba jumlah menteri dan kementerian ditambah. Ia amat memalukan,” kata Khalid.

Redzuan berkata, saiz pentadbiran adalah untuk mengutus tadbir kerajaan PN.

Beliau kemudiannya menggesa agar Khalid supaya tidak mengelirukan Dewan Rakyat dengan tuduhan seumpama itu.

“Ini cuma andaian daripada Shah Alam, tidak perlu mengelirukan rakyat. Tidak perlu kita putar belit fakta.

“Kita kaji segala skop dari segi tugas untuk ditambah baik dan beri impak yang lebih,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/30/kabinet-pn-lebih-besar-berbanding-ph-atas-keperluan-semasa-jamin-program-lancar-kata-redzuan/

COMMENTS