Ketua keselamatan awam Saudi dipecat

Ketua keselamatan awam Saudi dipecat

Ketua keselamatan awam Saudi dipecat.Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud memecat Pengarah Keselamatan Awam, Khalid bin Qarar al-Harbi dan mengarahkan siasatan rasuah ke atasnya, lapor media negara itu hari ini.

Harbi – bersama 18 yang lain dalam sektor awam dan swasta – didakwa menyeleweng dana awam, pemalsuan, rasuah dan menyalahgunakan pengaruh mereka.

Media tempatan melaporkan Harbi yang pernah menjadi ketua pasukan kecemasan khas, dilantik sebagai pengarah keselamatan awam Saudi sejak Disember 2018.

Malam tadi, Saudi mengumumkan ia menemui lebih 12 kes rasuah – satu daripadanya membabitkan seorang pegawai keselamatan negara – dalam beberapa bulan ini yang berjumlah 290 juta Riyal Saudi.

Putera Saudi, Mohammed bin Salman melancarkan kempen antirasuah besar-besaran pada 2017, tidak lama selepas pelantikannya sebagai putera mahkota.

Ketua

Kempen itu menyaksikan hotel mewah Ritz-Carlton di Riyadh dijadikan pusat tahanan sementara selama tiga bulan bagi putera dan pegawai kanan yang disyaki terbabit rasuah atau tidak setia.

Dianggap sebagai pemerintah “de facto” yang mengawal semua peringkat utama kerajaan, daripada pertahanan kepada ekonomi, Putera Mohammed dilihat cuba menghapuskan kesan perbezaan pendapat dalaman.

Pihak berkuasa Saudi mewujudkan talian bebas tol untuk penduduk melaporkan sebarang aktiviti rasuah mencurigakan, dengan sepanduk menggesa rakyat bekerjasama dengan kempen antirasuah dipasang di seluruh negara.

Saudi yang berada di tangga ke-51 daripada 180 negara dalam indeks rasuah Transparency International, menghadapi endemik rasuah dan amalan sosial “wasta” atau menggunakan pengaruh dan hubungan peribadi untuk mara, selama berdekad.

Putera Mohammed memberitahu Majlis Syura pada 2019 yang kempen antirasuah menjana 247 bilion Riyal Saudi sejak tiga tahun lalu, sebagai tambahan kepada aset, hartanah dan saham berbilion-bilion.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/09/08/ketua-keselamatan-awam-saudi-dipecat-kerana-rasuah/

BACA: Warga Palestin di serang lagi dengan anggota tentera Israel

COMMENTS