Kesan ekonomi kepada rakyat mula dirasai pelbagai lapisan

Kesan ekonomi kepada rakyat mula dirasai pelbagai lapisan

Minggu lepas saya dan isteri telah pergi ke Mitsui Outlet Park KLIA untuk baiki jam tangannya yang rosak. Suasana pusat membeli- belah ini lengang , tiada orang yang datang untuk shopping. Ada juga outlet yang telah ditutup.( Gambar di bawah tu).

Kami ni tinggal di kampung yang berhampiran Bandara ( Bandaraya Udara) KLIA. Kawasan ini penempatan bagi mereka yang berkerja di airport. Pilot, pramugara, pramugari, pekerja- pekerja airport, kargo , courier , kedai- kedai bebas cukai , pekerja-pekerja maintenance hinggalah cleanernya. Ramai yang yang telah diberhentikan kerja, bercuti tanpa gaji dan status pekerjaan yang masih tidak menentu.

Dua hari lepas Ustaz Ebit Liew telah datang berziarah pemandu- pemandu limosin dan teksi airport. Ada lebih kurang 700 orang bilangannya. Beliau datang bawa bantuan kepada mereka ini. Lebih 7 bulan dah pendapatan mereka terjejas teruk akibat Pandemik COVID-19 ini. Menangis , mengadu tiada pendapatan untuk menanggung makan minum anak isteri…

Ramai juga yang telah beralih arah , berniaga makanan kecil- kecilan. Buka stall…dari simpang jalan besar ke airport menuju ke rumah saya ini lebih kurang 1 km jarak nya , ada 6 buah stall yang menjual buah- buahan , itu tidak termasuk yang jual makanan dan minuman. Dah ada pilot yang menjual pau frozen… Keadaan semakin terdesak dan tertekan….

Begitu jugalah kami yang telibat dalam industri pelancongan ,umrah , ziarah dan haji ini. Para pengendali pakej umrah dan haji, mutawif , Pembimbing haji dan umrah.. Hampir 9 bulan , mata pencarian kami ini dalam keadaan yang tak stabil. Macam- macam yang dibuat demi kelangsungan hidup. Ada yang mengajar online, mengajar di masjid ,surau dan kelas- kelas pengajian banyak kali tertangguh dan dibatalkan akibat PKP, PKPB … ada yang berniaga makanan dan segala apa yang boleh diniagakan . Selagi mampu bertahan , bertahanlah.. jimat selagi boleh berjimat. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami, menjamah nasi sekali sehari dengan satu lauk….

Bagi yang berada, janganlah tunjuk sangat keberadaan kita. Makan sedap- sedap, pakai kereta mahal- mahal, rumah yang besar- besar..Kasihan pada yang tiada….Yang masih banyak lagi tabungan , ratus ribuan, juta- jutaan , puluh jutaan ,ratus jutaan RM ,USD , Euro, Dinar , Rupiah sekalipun. REBUTLAH peluang ini untuk berlumba- lumba melakukan kebajikan… Allah beri peluang untuk anda semua… Sama-sama kita ingat pesan Allah SWT dalam surah At- Takathur…..

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ (1) حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ (2) كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ (3) ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ (4) كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ (5) لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ (6) ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ (7) ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ (8)

Bermegah-megahan ( dengan kekayaan dan kesenangan hidup) telah melalaikan kalian(1) Sampai kalian masuk ke dalam kubur.(2) Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). (3) Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui. (4) Janganlah begitu, jika kalian mengetahui dengan pengetahuan yang yakin (5) Nescaya kalian benar-benar akan melihat neraka Jahim (6), Dan sesungguhnya kalian benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainulyaqin (7), Kemudian kalian pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kalian megah-megahkan di dunia itu)(8).(Q.s At-Takasur: 1-8)

Sumber :

COMMENTS