Kes harian negara masih mencecah angka melebihi 7,000 bagi dua hari berturut-turut

Kes harian negara masih mencecah angka melebihi 7,000 bagi dua hari berturut-turut

Kes harian negara masih mencecah angka melebihi 7,000 bagi dua hari berturut-turut dengan 7,478 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 533,367 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,455 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 760 kes dan Sarawak sebanyak 640 kes.

“Seterusnya, Johor (587 kes), Kelantan (547 kes), Kedah (542 kes), Pulau Pinang (420 kes), Negeri Sembilan (370 kes), Perak (264 kes), Melaka (230 kes), Sabah (229 kes), Terengganu (177 kes) dan Pahang (171 kes).

“Labuan pula dengan 49 kes, Putrajaya sebanyak 29 kes dan Perlis merekodkan lapan kes baharu,” katanya pada media sosial beliau di sini hari ini.

May be an image of ‎text that says '‎STATUS TERKINI COVID-19 MALAYSIA KES BAHARU MENGIKUT NEGERI 26.5.2021 PERLIS ه KEMENTERIANKESIHATANMALAYSIA +8 KELANTAN +547 KEDAH +542 TERENGGANU +177 .PINANG LABUAN +420 +49 PERAK +264 SELANGOR +2,455 .SEMBILAN +370 LUMPUR +760 PAHANG +171 PUTRAJAYA +29 MELAKA +230 JOHOR SABAH +587 +229 SARAWAK +640 Jumlah kes baharu 7,478 Jumlah keseluruhan kes 533,367 SUM.KEBA comms@moh‎'‎

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/26/7478-kes-baharu/

COMMENTS