Kes Ebit Lew : Menteri Agama gesa agar tidak diulas kes perbicaraan ini

Kes Ebit Lew : Menteri Agama gesa agar tidak diulas kes perbicaraan ini

Kes Ebit Lew : Menteri Agama gesa agar tidak diulas kes perbicaraan ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan untuk tidak diulas kes perbicaraan gangguan seksual melibatkan seorang insan yang dikenali.

Ini, katanya sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan imej agama.

“Kita semua maklum bahawa sedang berlangsungnya kes perbicaraan gangguan seksual yang melibatkan seorang insan yang dikenali rakyat Malaysia atas keprihatinan dan usaha membantu masyarakat yang memerlukan di banyak tempat,” ujarnya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengambil peluang untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia dan masyarakat umum, walaupun ianya melibatkan insan yang dikenali, kes itu adalah kes yang sedang dibicarakan di dalam mahkamah.

“Dan perlu untuk kita menghormati proses mahkamah dan serahkan ianya pada pihak berautoriti untuk melaksanakan tugasnya.

Kes Ebit Lew : Menteri Agama gesa agar tidak diulas kes perbicaraan ini

“Peganglah kepada pesan dan ajaran agama kita yang digariskan mengikut kaedah fiqh menyebut (bermaksud): “Asal setiap sesuatu adalah tidak bertanggungjawab/tidak bersalah”.

Jelasnya, erti kata lain seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman yang membenarkan kes yang berlangsung.

“Maka sepanjang proses perbicaraan ini berlangsung, saya menegaskan untuk tidak diulas kes perbicaraan ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan imej agama.

“Kita perlu memegang akhlak dan ilmu ajaran agama terutama sekali kepada para pendakwah dan ikon-ikon besar yang diikuti orang ramai,” katanya lagi.

Tambahnya, seluruh rakyat juga diseru untuk tidak menangguk air yang keruh sehingga tanpa sedar memberi mesej buruk terhadap nilai agama dan ramai lagi para agamawan yang berusaha membawa mesej agama kepada masyarakat dengan ikhlas dan bersungguh.

“Kita tetap tidak bersetuju dengan apa-apa perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang. Apatah lagi perlakuan yang menceroboh kehormatan diri,” ujarnya.

Menurutnya, jika berlaku jenayah, ia mesti dilapor kepada pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, hukuman yang tegas perlu diberikan kepada pelakunya, tidak kira siapa pun dia.

Ini, ujarnya adalah kerana untuk memberi pengajaran kepada semua pihak.

“Ibu bapa, pendidik, pemimpin, NGO dan semua pihak, kita bersatu hati untuk turun padang memberikan kempen kesedaran kepada masyarakat daripada jenayah seperti ini.

“Adalah menjadi tugas kita semua untuk sama-sama melindungi masyarakat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Biarlah kebenaran itu dibawa mengikut saluran yang tepat dan kita terus menjadi rakyat dan umat Islam yang bertanggungjawab dalam apa jua situasi agar Allah menilai yang terbaik terhadap usaha kita sebagai seorang Muslim, insya-Allah,” tambahnya.

BACA:

Wanita terjatuh dari jambatan, jubah jadi penyelamat

Lelaki lari dengan van putih setelah gagal culik budak

GST dijangka kembali lepas PRU15