Kereta sport Pink ini jadi bualan hangat penduduk, “misteri sampai sekarang..”

Kereta sport Pink ini jadi bualan hangat penduduk, “misteri sampai sekarang..”. Keberadaan sebuah kereta sport berwarna merah jambu yang diparkir di luar sebuah hotel di London menjadi tanda tanya apabila ia dilihat di kawasan tersebut sejak dua tahun lalu iaitu pada Mac 2020 sehingga kini.

Kereta itu telah dikesan kerap diletakkan di luar Hotel St Pancras Renaissance bersebelahan stesen King’s Cross St Pancras di tengah London.

Tindakan orang ramai yang cuba mencari jawapan siapa empunya kereta itu telah menyebabkannya menjadi sensasi di TikTok.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Gabby menyiarkan video kereta itu dan bertanya: “Bilakah kereta merah jambu ini akan bergerak? Kereta ini telah berada di sini sepanjang pandemik (Covid-19).”

Klip video itu mendapat lebih satu juta tontonan dan lebih daripada 70,000 tanda suka.

Kereta sport Pink ini jadi bualan hangat penduduk, "misteri sampai sekarang.."

Ramai pengguna TikTok tertanya-tanya kenapa kereta berkenaan masih berada di situ dan adakah ia akan dipindahkan dari parkir tersebut.

@dreamsupercarsdaily The TikTok famous covid Pink Chrome McLaren is still there … #liveupload #mclaren #mclarensportsseries #yiannimize #sportscar #chromepink #wrappedcar ♬ Shiny – Disney Kids Band

BACA:

Michael Ang dikecam buat aksi lucah di IG

Peminat teruja tengok ‘kembar’ Rossa dan Shiha Zikir bertemu mata

‘Gila talak ke?’ Bekas isteri geram PU Abu masih ganggu hidupnya