Kerana anjing Natasha Hudson ‘sekolahkan’ AC Mizal

Kerana anjing Natasha Hudson ‘sekolahkan’ AC Mizal. Sebelum ini pernah tular di media sosial mengenai hantaran pengacara Datuk AC Mizal mengenai isu berjinak dengan anjing yang mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, Natasha Hudson yang turut bersuara.

Tidak Kagum Dengan Individu Diskriminasi Kerja Orang Lain Yang Berusaha Selamatkan Haiwan
Menerusi Insta Stories, Natasha memohon maaf mengenai dirinya yang lantang bersuara mengenai sentimen haiwan dan menegaskan bahawa dia tidak berasa kagum terhadap sesiapa yang mendiskriminasi kerja orang lain yang telah berusaha untuk menyelamatkan haiwan.

“Mula-mula maafkan saya kerana lantang tentang sentimen HAIWAN. Ia isu sensitif. Saya tidak kagum dengan sesiapa yang mendiskriminasi kerja orang lain yang berusaha menyelamatkan haiwan. Anggap la binatang juga ujian untuk menguji keikhlasan lubuk hati kita.”-Tulis Natasha

Minta AC Mizal Henti ‘Condemn’ Anak Muda Bantu Anjing Terbiar
Dalam pada itu, Natasha turut meminta AC Mizal untuk henti mengkritik tindakan anak muda yang melakukan kebaikan membantu anjing-anjing yang terbiar.

“Orang sibuk nak collect pahala. Sebagai selebriti senior, why not support his human/ animal lover cause also? @dacdatoac bagus budak ni.

Kerana anjing Natasha Hudson 'sekolahkan' AC Mizal

“At least anak muda yang tunjuk contoh amal yang luar biasa. Jangan kutuk dia okay? Jemput dia ke rancangan awak mungkin?”-Tulis Natasha

Sebelum ini, nama AC Mizal menjadi perhatian selepas memuatnaik hantarannya yang mempertikaikan tindakan individu yang berjinak dengan anjing dan mendakwa perbuatan itu bertujuan meraih perhatian.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian daripada doktor haiwan yang dikenali sebagai Dr Ima yang menyifatkan kenyataan AC Mizal sebagai kurang bijak.

BACA:

Shila Amzah akhirnya dedah jejaka idamannya

Ada lagi video viral ‘lawak’ persenda agama di Comedy Club yang sama

Makhluk pemakan otak dikesan, perenang jadi mangsa pertama