Kena cerai kerana tidak bergelar doktor

Kena cerai kerana tidak bergelar doktor. Kisah pilu itu menjadi tular di media sosial hanya kerana tidak bekerja sebagai doktor.

Seorang wanita didakwa terpaksa bercerai dengan suaminya selepas tiga hari mendirikan rumah tangga.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Indah Puspita Sari di TikTok, menceritakan kisah hidup sepupunya apabila wanita itu diceraikan selepas tiga hari berkahwin.

Walau bagaimanapun, wanita ini bersyukur kerana sepupunya adalah seorang wanita yang tabah serta mampu mencari duit belanja sendiri bahkan mampu untuk menyara bekas suaminya.

Menurut Indah, sepupunya akhirnya sah bercerai selepas setahun mereka menyelesaikan proses penceraian di mahkamah bersama bekas suaminya. Lebih mengejutkan apabila punca pasangan itu berpisah adalah disebabkan bekas ibu mentuanya ingin memiliki menantu yang bekerja sebagai doktor.

Kena cerai kerana tidak bergelar doktor

Tiga hari selepas berkahwin, dia ditinggalkan tanpa sepatah dua kata sampai ke hari ini.

Semua ini berlaku hanya kerana bekas ibu mentuanya nak menantu yang bergelar doktor.

@indahpsptsri4♬ suara asli – zayn – zainul

BACA:

SJKP : Skim beli rumah hingga RM400 ribu, ini syarat dan cara mohon

Proton X50 untuk dimenangi, sertai cabutan bertuah PJM

Dera anak angkat, sepasang suami isteri didenda RM20,000