Kemunculan batu berdiri selepas air empangan surut cetus tanda tanya

Kemunculan batu berdiri selepas air empangan surut cetus tanda tanya. Cuaca buruk musim panas menyebabkan malapetaka kepada ramai penduduk di luar bandar Sepanyol.

Namun, kesan sampingan tidak dijangka akibat kemarau terburuk dalam beberapa dekad itu menggembirakan ahli arkeologi apabila muncul bulatan batu prasejarah di sebuah empangan yang airnya sudah surut.

Secara rasmi dikenali sebagai Dolmen of Guadalperal tetapi digelar Stonehenge Sepanyol, bulatan berpuluh-puluh batu megalitik dipercayai bermula sejak 5,000 sebelum Masihi.

Ia kini terdedah sepenuhnya di satu sudut takungan Valdecanas, di wilayah tengah Caceres, yang mana pihak berkuasa menyatakan paras air menurun kepada 28 peratus daripada kapasiti.

“Ia adalah satu kejutan, ia adalah peluang yang jarang diperoleh untuk dapat mengaksesnya,” kata ahli arkeologi Enrique Cedillo dari Universiti Complutense Madrid, seorang daripada pakar yang berlumba-lumba untuk mengkaji bulatan itu sebelum ia tenggelam semula.

Kemunculan batu berdiri selepas air empangan surut cetus tanda tanya

Ia ditemui oleh ahli arkeologi Jerman Hugo Obermaier pada 1926, tetapi kawasan itu dinaiki air pada 1963 dalam projek pembangunan luar bandar di bawah pemerintahan diktator Francisco Franco.

Sejak itu ia hanya kelihatan sepenuhnya empat kali.

Dolmen ialah batu tersusun menegak biasanya menyokong bongkah batu yang rata. Walaupun batuan itu terdapat banyak di seluruh Eropah Barat, namun hanya sedikit yang mengetahui siapa yang mendirikannya.

Mayat yang ditemui di dalam atau berhampiran kawasan itu banyak membawa kepada teori yang sering disebut bahawa ia adalah makam.

Persatuan sejarah dan pelancongan tempatan mencadangkan batu Guadalperal dipindahkan ke muzium atau tempat lain di tanah kering.

Kehadiran mereka juga adalah berita baik untuk Ruben Argentas, yang memiliki perniagaan pelancongan bot kecil.

“Dolmen muncul dan pelancongan dolmen bermula,” kata Ruben kepada Reuters selepas seharian sibuk mengangkut pelancong ke tapak dan kembali.

Perubahan iklim menyebabkan semenanjung Iberia berada pada tahap paling kering dalam tempoh 1,200 tahun.

BACA:

Panas !!! Mesyuarat tergempar Umno tanpa kelibat Ismail Sabri

Bergelek sakan, biar Allah tentukan rezeki saya halal atau haram – Baby Shima

Para suami yang jadi surirumah bakal dapat skim perlindungan PERKESO