Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diputuskan Esok?

Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diputuskan Esok?

Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diputuskan Esok.Seperti yang kita tahu, Malaysia dijangka beralih ke fasa endemik COVID-19 tidak lama lagi. Oleh itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal mengadakan perbincangan tentang kelonggaran dan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) menuju fasa tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, Hishammuddin akan menemui Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia esok untuk membincangkan beberapa agenda sebagai persediaan negara memasuki fasa endemik nanti.

Menurut Hishammuddin, agenda yang bakal dibincangkan berkait perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu, dan gelembung pelancongan serta naratif menjelang fasa baharu itu.

Kelonggaran

“Pertama, kita akan lihat kepada keputusan kelonggaran yang telah diumumkan kepada orang ramai serta bagaimana SOP yang sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami.

“Hal ini memerlukan input daripada keempat-empat menteri.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkoordinasikan input daripada empat pihak ini,” kata Hishammuddin, memetik laporan Astro Awani.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/13/4-menteri-berbincang-kelonggaran-rentas-negeri-akan-diputuskan-esok/

COMMENTS