Kejam !!! Lelaki ini kerat daging manusia bagi kucing makan

Kejam !!! Lelaki ini kerat daging manusia bagi kucing makan

Seorang lelaki di Kazakhstan yang dipercayai mabuk bertindak ganas dengan membunuh rakannya sebelum memotong anggota badan mangsa kepada beberapa kerat kecil dan menghidangkannya kepada kucing jalanan.

Daily Star melaporkan, suspek dikenali sebagai Arman, 33, melakukan perbuatan itu pada 2 Mac lalu selepas mengundang mangsa, Daniyar, ke rumahnya untuk berparti.

Pun begitu, pertemuan mereka berakhir dengan pertengkaran apabila kedua-dua mereka mabuk selepas minum alkohol.

Suspek yang hilang kawalan, dipercayai mengambil pisau sebelum menikam mangsa bertubi-tubi sehingga mati.

Lebih mengerikan, mayat mangsa kemudiannya dikerat kepada bahagian kecil sebelum diberikan kepada kucing liar untuk beberapa hari, dipercayai bagi menghapuskan bahan bukti.

Kejadian itu bagaimanapun disedari salah seorang jirannya yang mencurigai titisan darah dan potongan daging di balkoni rumah suspek.

Sementara itu seorang saksi yang enggan mendedahkan namanya mendakwa, suspek juga dilihat mencampak daging tersebut keluar dari rumah untuk dimakan kucing jalanan itu.

Jurucakap polis, Bakhytzhan Kudiyarov memberitahu, suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan keterangan awal, suspek mengaku membunuh rakannya ketika berlakunya pertengkaran,” ujarnya.

Jika disabit dengan kesalahan, lelaki itu boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Berita penuh ; https://www.astroawani.com/berita-dunia/daging-manusia-jadi-santapan-kucing-jalanan-287722

COMMENTS