Kejadian Sungai Kedondong bomba selamatkan 9 lelaki terperangkap

Kejadian Sungai Kedondong bomba selamatkan 9 lelaki terperangkap

kejadian kepala air Sungai Kedondong bomba selamatkan 9 lelaki terperangkap.Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan sembilan lelaki yang terperangkap di kawasan batu di Sungai Kedondong, Kuala Kubu Bharu, dekat Kuala Lumpur malam tadi, ekoran kejadian kepala air.

Kesemua mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun terperangkap di sungai berkenaan akibat arus deras.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.55 malam.

Dia berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

bomba

“Anggota tiba pada 8.27 malam dan mendapati dua daripada sembilan lelaki terbabit berjaya melepasi sungai berkenaan manakala tujuh lagi rakannya masih terperangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata pihaknya berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dan dibawa ke tempat selamat.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591819

BACA: Mufti Perlis Perjelas Hukum Gurauan Seperti Prank, Karikatur, Parodi & Seumpamanya

COMMENTS