Kehadiran Bekas TYT Beri sinar Positif Kepada Pakatan Harapan

Kehadiran Bekas TYT Beri sinar Positif Kepada Pakatan Harapan

Kehadiran Bekas TYT Beri sinar Positif Kepada Pakatan Harapan. Kehadiran bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dalam program kempen calon Pakatan Harapan (PH) menandakan satu isyarat positif kepada gagasan politik itu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, kesudian Mohd. Khalil bersama calon PH, Julasapiyah Kassim untuk menyantuni para nelayan di Tanjung Dahan, Kuala Linggi pada petang ini amat menyentuh perasaan beliau.

“Bagi saya secara peribadi, kehadiran tokoh yang amat dihormati oleh rakyat Melaka ini, merupakan suatu yang positif kepada PH,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Mohamad kemudian menzahirkan penghargaan kepada Mohd. Khalil di atas kesudiannya untuk hadir bersama pihak Amanah dan PH.

“Kita doakan PH akan memenangi PRN Melaka dan Adly Zahari kembali menjadi Ketua Menteri. Insya-Allah,” katanya.

BACA:Pemuda Pas Johor mohon maaf Gara-gara Sanusi ejek TMJ

COMMENTS