Kecoh ramai guru bersara awal, ini cerita sebenar dari cikgu

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Kecoh ramai guru bersara awal, ini cerita sebenar dari cikgu jav guru dinar guru selamat hari guru guru hari guru 2021 property guru malaysia selamat hari guru 2021 hari guru ucapan hari guru cids guru [/bg_collapse]

Kecoh ramai guru bersara awal, ini cerita sebenar dari cikgu.Kerenah birokrasi, terlalu cerewet dan sikap pilih bulu sebahagian pentadbir sekolah turut menjadi punca ramai guru yang memilih untuk bersara awal daripada terus menanggung bebanan dan tekanan.

Mendedahkan perkara itu, seorang guru di daerah ini yang mahu dikenali sebagai Manaf, 40-an berkata, terdapat beberapa rakannya telah menjadi mangsa kepada keadaan tersebut.

Katanya, terdapat guru yang sentiasa menjadi sasaran pentadbir kerana bukan guru favou­rite atau sebulu dengan mereka.

“Ada pihak pentadbir yang mewujudkan ‘puak’ di sekolah sehingga terdapat kumpulan guru yang menjadi kesukaan mereka, manakala yang bukan favourite pula akan menjadi sasaran dan dibebani tugasan tambahan.

“Jika ingkar atau melawan, guru terbabit akan diugut oleh pihak pentadbir seperti markah prestasi akan dikurangkan dan dipaksa memegang lebih banyak jawatan di sekolah.

“Lebih parah apabila ditukarkan ke sekolah lain yang jauh dari penempatan mereka,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kecoh ramai guru bersara awal, ini cerita sebenar dari cikgu

Manaf memberitahu, selain itu, terdapat pentadbir yang tidak pernah mengambil peduli tentang kebajikan guru bawahan serta tidak kisah dengan masalah mereka sehingga mendorong guru terlibat untuk bersara awal.

“Contohnya, ada guru yang memohon untuk bertukar ke sekolah lain kerana mungkin berjauhan dengan keluarga atau tempat tinggal mereka.

“Namun, pihak pentadbir tidak menyokong alasan pertukaran itu dan tidak ambil peduli tentang masalah mereka,” kata­nya yang pernah menjadi sasaran pihak pentadbir sebelum berjaya berpindah ke sekolah lain.

Di Bera, Pahang, seorang guru yang mahu dikenali sebagai Shakila, 49, berkata, bukan sahaja terikat dengan tugasan mengajar murid, tetapi guru juga perlu akur dengan ‘protokol’ yang ditetapkan pentadbir sekolah.

Menurutnya, tidak cukup dengan menggalas tugas sebagai pendidik, mereka perlu mela­kukan tugas-tugas lain dan ada masanya melebihi waktu bekerja.

“Bukan merungut, tetapi apabila menerima ‘tugasan’ lain da­ripada pihak atasan, kadangkala geram juga.

“Sudahlah last minute, lepas itu nak juga kerja tersebut ­di­­­si­apkan pada hari yang sama, sedangkan kami juga ada keluarga, balik sekolah nak juga berehat bersama keluarga,” katanya.

Ujarnya, bukan itu sahaja, ada juga karenah pentadbir sekolah yang terlalu bersikap ‘bossy’ demi kepentingan sendiri.

“Kalau dia (pentadbir sekolah) tidak suka seorang guru bertugas di sekolah terbabit, dia seolah-olah menggunakan kuasa veto atau ‘kabel’ dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk menyukarkan hidup guru terbabit.

“Tidak patutlah buat macam itu, guru pula jadi mangsa. Elok-elok mengajar dekat, kena pula bertukar bertugas jauh dari rumah,” ujarnya.

Seorang bekas guru besar, Abd. Rani Sharudin, 60, pula percaya terdapat guru yang memilih untuk bersara awal kerana ‘tidak ngam’ dengan pentadbir sekolah yang mungkin cerewet.

Katannya, pentadbir pula terikat dengan manual tanggungjawab yang ditetapkan pihak jabatan dan perlu dilaksanakan guru bawahan.

“Pertembungan tanggungjawab ini mungkin menyebabkan ada guru menyifatkan arahan pentadbir sebagai leteran dan menambah tekanan,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan, ramai guru yang membuat keputusan untuk bersara awal kerana tidak tahan untuk mengajar murid-murid zaman moden hari ini yang jauh berbeza sikap berbanding pelajar dahulu.

Bebanan kerja sampingan yang terlalu banyak dan buta teknologi digital menambahkan lagi kesengsaraan guru-guru.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin dilaporkan berkata, jumlah guru yang bersara awal didapati hampir menyamai bilangan guru yang bersara wajib.

TONTON :

BACA:

Aeril Zafrel hadiahkan bangunan RM3.2 Juta kepada Wawa Zainal

Mas kahwin RM1.6 Juta diterima pengantin lelaki, termasuk rumah, kereta dan emas lagi!

“Kak, tolonglah saya, belilah buah, saya dah penat, belilah semua..”