Kecoh !!! Kubur berubah jadi bentuk wanita hamil

Kecoh !!! Kubur berubah jadi bentuk wanita hamil

Penduduk di Kampung Sungai Asam, daerah Padang Pariaman di Sumatera Barat gempar apabila sebuah kubur tiba-tiba membusut dan kelihatan seperti perut wanita hamil, lapor laman berita Detik News kelmarin.

Ketinggian tanah kubur itu kini dilaporkan mencecah 1.5 meter, walaupun kubur bersebelahan dengannya kelihatan normal.

“Tiba-tiba sahaja tanahnya naik tinggi. Ia mengejutkan penduduk setempat.

“Saya tidak tahu sejak bila kubur tersebut menjadi tinggi. Apa yang pasti, ketinggiannya telah mencapai 1.5 meter dengan lebar dan panjang kira-kira 3 hingga 3.5 meter,” ujar seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Anuar.

Selain itu, tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kubur itu sengaja dibina tinggi.

Batu nisan juga kelihatan tidak rosak sama sekali, sebaliknya ia turut meninggi menuruti tanah kubur tersebut.

Video fenomena luar biasa tersebut tular di media sosial sehingga menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke situ bagi melihat sendiri keadaannya.

Susulan itu, pihak jawatankuasa kampung memasang tali di sekelilingnya yang dijadikan pagar untuk menghindari sebarang kerosakan

Berita penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/03/27/gempar-kubur-membusut-seperti-perut-wanita-hamil-di-sumatera/

COMMENTS