Kecoh keranda terbang rupa -rupanya ….

Kecoh keranda terbang rupa -rupanya ….

Kecoh keranda terbang rupa -rupanya …. Sebuah layang-layang berbentuk keranda menimbulkan kekecohan di media sosial apabila dirakam terbang di udara di Jakasampurna, Bekasi Barat, baru-baru ini.

Menurut portal berita Suara.com, layang-layang itu pada mulanya disangka aksi mistik kerana bentuknya sangat menyerupai keranda jenazah sedang terbang di angkasa.

Bagaimanapun, selepas diamati dengan teliti, ternyata ia adalah layang-layang bertali dan bukanlah keranda sebenar seperti yang pernah tular sebelum ini.

Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut mengakui ia kelihatan seperti keranda terbang yang sebenar.

“Tidak terlintas bahawa ia adalah layang-layang kerana bentuknya sama seperti keranda jenazah sebenar,”komen seorang pengguna media sosial.

“Jangan kongsi video ini dalam kumpulan Whatsapp keluarga, kecoh jadinya,” komen seorang lagi.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat gurauan ini agak keterlaluan dan tidak patut dilakukan.

Berita penuh:https://www.kosmo.com.my/2021/09/27/layang-layang-disangka-keranda-terbang/

Baca:Gadis putih mata , kekasih pilih janda sebagai isteri

COMMENTS