’Kayu’, ‘kaku’… Ahirine pasrah dengan cacian netizen

’Kayu’, ‘kaku’… Ahirine pasrah dengan cacian netizen. “Saya terima semua kecaman dengan hati yang terbuka dan berusaha meningkatkan kualiti lakonan.”

Demikian kata-kata pelakon baharu, Ahirine menjawab tentang kualiti lakonannya yang disifatkan kaku atau kayu dalam filem terbaharu, Remp-It 2.

Ahirine atau nama sebenarnya, Ahirine Ahirudin menjelaskan, demi memantapkan lakonan, dia sedia menjalani kelas atau latihan intensif selama setahun.

“Saya memang sangat baharu dalam bidang lakonan. Sebelum ini atas motor sahaja pakai helmet tapi saya akan ambil maklum balas daripada semua orang. Negatif atau positif, saya akan tingkatkan lakonan dengan sertai banyak kelas (lakonan).

“Disember ini saya sertai kelas lakonan. Saya ambil (kelas lakonan) yang setahun punya. Ada beberapa opsyen tetapi sekarang saya dah daftar bawah Revolution Stage (RS). Pada masa sama, akan cari yang lain juga untuk teater dan lakonan juga,” katanya kepada Kosmo! Online.

’Kayu’, ‘kaku’… Ahirine pasrah dengan cacian netizen

Ditemui usai tayangan perdana filem Remp-It 2 arahan Farid Kamil baru-baru ini, Ahirine ketika ditebak pertanyaan hanya bersandarkan rupa paras yang cantik dan berstatus anak kepada orang kenamaan iaitu Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger ‘Rocky’s Bru’, Ahirie mempunyai jawapan tersendiri terhadap persoalan yang diajukan tersebut.

“Bagi saya, sebenarnya saya tak rasa pun yang saya ini cantik sebab itu macam kadang-kadang saya rasa, saya terlalu ‘jantan’.

“Jadi, saya tak rasa disebabkan saya ini cantik, saya mudah dapat itu ini semua. Tapi, saya berterima kasih kepada mereka yang rasa cantik,” ujarnya yang mengisi kekosongan ditinggalkan oleh pelakon hebat Nabila Huda melakonkan karakter Roy dalam Remp-It 2 secara kebetulan.

Sebelum Remp-It 2, Ahirine pernah muncul dengan beberapa filem lain seperti Gol & Gincu Vol.2 dan Gadis Jolobu The Movie juga mendapat kecaman hebat daripada netizen yang rata-rata menyifatkan lakonannya ‘kayu’.

BACA:

6 negeri berhadapan risiko banjir kilat, ini amaran JPS

Hasil tangkapan laut meningkat, harga ikan kembong mula stabil

Anwar beritahu penjawat awam ‘Move Forward’, tiada masa korek kisah silam