Kantoi !!! Remaja di sangka hilang tetapi sebaliknya…

Kantoi !!! Remaja di sangka hilang tetapi sebaliknya…

Seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemui di sebuah kondominium di Padang Jawa di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, remaja itu ditemui pukul 4 pagi menerusi Ops Jejak yang dilancarkan pihaknya.

“Remaja itu berada dalam keadaan baik dan duduk bersama dengan teman lelakinya.

“Kita turut menahan lelaki tersebut susulan laporan dilakukan bapanya remaja itu yang mendakwa anaknya dirogol,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut di sebuah tapak pembinaan di Eco Ardence, Setia Alam di sini hari ini.

Jelas beliau, proses pemohonan reman terhadap suspek lelaki itu akan dilakukan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kehilangan remaja perempuan tular selepas bermain papan selaju di kawasan taman rekreasi berhampiran rumahnya dipercayai di Seksyen 7.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/04/remaja-hilang-ditemui-teman-lelaki-ditahan/

COMMENTS