Kantoi!!! Guna dokumen palsu rentas negeri dari KL ke Kelantan

Kantoi!!! Guna dokumen palsu rentas negeri dari KL ke Kelantan

Peningkatan kes yang mendadak dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagaikan tidak dipeduli oleh dua lelaki yang masih berdegil cuba merentas negeri tanpa kebenaran daripada Kuala Lumpur ke Kelantan.

Padah tindakan nekad dua lelaki tempatan itu menyebabkan mereka dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM4,000 dan serta ditahan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kedua-dua lelaki berumur 25 dan 34 tahun yang menaiki sebuah kereta itu ditahan dalam pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Ketika diperiksa dokumen perjalanan rentas negeri kedua-dua lelaki terbabit, pihak polis mendapati borang tersebut agak meragukan dan disyaki telah dipalsukan oleh kedua-dua lelaki berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati cop dan tandangan ketua polis balai yang telah meluluskan permit tersebut disyaki dipalsukan dan semakan di balai terbabit mendapati nombor siri rentas negeri tidak wujud,”katanya di sini, hari ini.

Sementara itu beliau berkata, pihak polis akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan yang teliti seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memalsukan dokumen rentas negeri.

Ujarnya, pada tahun ini sahaja seramai tujuh individu telah ditahan kerana didapati memalsukan dokumen rentas negeri dalam pemeriksaan di SJR Tol Bentong arah ke Kuantan

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/30/dua-lelaki-palsu-dokumen-rentas-negeri-dari-kl-ke-kelantan/

COMMENTS