Kantoi curang dengan janda, isteri serbu suami dalam bilik hotel… Terkejut lihat tuala basah

Kantoi curang dengan janda, isteri serbu suami dalam bilik hotel… Terkejut lihat tuala basah. Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga bukan lagi isu asing yang sering kita dengari terutamanya dalam kalangan suami isteri. Bahkan, orang ketiga juga merupakan salah satu punca berlakunya keretakan rumah tangga hingga membawa kepada perceraian.

Baru-baru ini, seorang wanita berdepan satu situasi di mana dia berjaya menangkap suaminya berlaku curang dengan wanita lain yang berstatus janda.

Suami kantoi curang

Kantoi curang dengan janda, isteri serbu suami dalam bilik hotel… Terkejut lihat tuala basah

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang isteri apabila suami yang dicintai dan dipercayai sepenuh jiwa dan raga tergamak bermain kayu tiga bersama wanita lain. Difahamkan, orang ketiga itu merupakan rakan sekerja si suami. Lebih memilukan apabila si suami dan kekasih gelapnya itu bertindak di luar batasan dengan check in di sebuah hotel di Indonesia.

Namun si isteri bertindak pantas dan akhirnya berjaya menangkap mereka berdua-duaan. Malah wanita ini dan anaknya berusaha mengumpul bukti bagi menunjukkan kecurangan si suami.

Menerusi video yang tular memaparkan si isteri sempat merakam perilaku si suami bersama kekasih gelapnya yang berada di sebuah kedai makan sambil menonton bola. Wanita terbabit bersama anaknya kemudian menyerbu bilik hotel yang disewa si suami bersama kekasih gelapnya dan alangkah terkejutnya apabila anak-beranak ini menemui beberapa bukti seperti helaian tisu, tuala yang masih basah serta beberapa peralatan lain.

Selepas mengumpul semua bukti, akhirnya membawa kepada pertengkaran antara si isteri, suami dan orang ketiga. Namun mereka berdua menafikan perkara tersebut. Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya memuji tindakan pantas si isteri mengumpul bukti selain berharap agar keadilan memihak kepadanya.

BACA:

Rogol kanak-kanak 12 tahun, mekanik menagis mohon hukuman ringan

Oktovia Manrose selamat lahirkan anak setelah 11 tahun

Pergi berlima balik berdua, mangsa sindiket penipuan pekerjaan dedah pengalaman