Kampus UiTM lubuk pemimpin UMNO buat duit kayakan diri, pemuda ini dedah caranya

Kampus UiTM lubuk pemimpin UMNO buat duit kayakan diri, pemuda ini dedah caranya

Kampus UiTM lubuk pemimpin UMNO buat duit kayakan diri, pemuda ini dedah caranya. Kampus UiTM jadi lubuk kroni politik? Perkara ini terdedah sendiri di Parlimen pada tahun 2014 tapi siapakah ahli politik yang mendapat laba tersebut?

Projek bangunan kerajaan secara tradisi akan melalui Jabatan Kerja Raya JKR, diorang keluarkan tender dan syarikat yanga berminat akan masuk tender.

Syarikat akan dipilih berdasarkan pengalaman kerja, harga, kekuatan kewangan syarikat dan sebagainya. Kerajaan juga ada gunakan kaedah Private Finance Initiative PFI.

Apakah itu Private Finance Iniviative PFI?

UiTM nak buat kampus baru, Kerajaan akan bagi projek itu kepada 1 syarikat. Projek ini sistem konsesi macam projek lebuhraya.

Kampus UiTM lubuk pemimpin UMNO buat duit kayakan diri, pemuda ini dedah caranya

Disebabkan ini projek yang berstatus PFI, syarikat akan bawa surat PFI ke bank untuk buat pinjaman. Dengan pinjaman daripada bank itu, syarikat akan bina kampus.

Kerajaan Malaysia pula kemudiannya akan bayar sewa kepada syarikat itu selama 23 tahun kontrak.

Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak telah jawab di parlimen pada bulan Jun 2014. Ada 6 buah kampus UiTM yang terlibat iaitu UiTM Kota Samarahan, UiTM Seremban 3, UiTM Jasin, UiTM Pasir Gudang, UiTM Tapah, dan UiTM Puncak Alam.

Kos pembinaan 1 kampus UiTM secara purata adalah RM298 juta. Maksudnya kos untuk bina 6 kampus dalam lingkungan RM1.8 billion.

Sewa pula setahun adalah secara purata RM62.5 juta setahun, untuk 6 buah kampus adalah lebih kurang RM375 juta untuk setahun. Darabkan dengan 23 tahun, jumlah keseluruhan yang kerajaan perlu bayar sewa adalah berjumlah RM8.6 billion. Sedangkan kos pembinaan tadi yang kita tahu adalah RM1.8 billion.

Jadi apa masalahnya sekarang,

1. Kos dah naik 5 kali ganda daripada kos asal, kos bina kita tahu tadi RM1.8 billion selepas 23 tahun kerajaan akan bayar sejumlah RM8.6 billion.
2.Projek ini konsesi seperti lebuhraya macam kita tahu lebuhraya ini setiap beberapa tahun akan naikkan harga tol. Adakah satu hari nanti yuran pengajian UiTM akan dinaikkan?
3.Projek ini diberi secara runding terus ataupun direct award dia tak buat tender terbuka seperti kalau buat melalui JKR.
4.Yang dapat kontrak untuk bina kampus ni semuanya ada hubungan ahli politik, UiTM pasir gudang dapat kepada syarikat Cosmic Dimension Sdn Bhd dimiliki oleh bekas adun Umno di Pulau Pinang Syariful Azhar manakala UiTM tapah dapat kepada Syarikat Detik Utuh Sdn Bhd dimiliki oleh Tajuddin Abd Rahman ahli parlimen Pasir Salak.

Bestkan dorang dapat duit sewa RM60juta setahun selama 23 tahun!

@najib.bakar Kampus UiTM lubuk duit kroni politik? #uitm #umno #barisannasional #lubuk #duit #politik #tender #jkr #pfi #fyp #fypシ ♬ original sound – Najib Bakar

BACA:

Lapangan terbang ‘antarabangsa’ tapi dilanda banjir

Mark Zuckerberg bukan lagi antara 10 manusia terkaya di dunia, rupanya ini yang jadi

UMNO Selangor sedia kerjasama Pas