Kampung di kaki Gunung Jerai dilanda banjir

Kampung di kaki Gunung Jerai dilanda banjir

Kampung di kaki Gunung Jerai dilanda banjir.Beberapa kawasan di daerah Yan dilanda banjir selepas hujan lebat berpanjangan sejak pukul 4.30 petang tadi.

Difahamkan, rumah di lebih 10 buah kampung terletak di sini terutama di kawasan kaki Gunung Jerai dan sepanjang Sungai Yan dinaiki air sehingga satu meter mulai pukul 6 petang.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Seberang Pekan Yan, Kampung Acheh, Kampung Lubok Boi dan Kampung Telok Mat Acheh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, air mula memasuki rumah penduduk pada petang tadi selepas hujan lebat selama lebih dua jam.

“Sebaik menerima laporan, kita menggerakkan anggota untuk memantau keadaan dan melakukan usaha menyelamat.

“Banyak rumah penduduk terutamanya yang terletak berdekatan Sungai Yan dimasuki air sehingga mencecah satu meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan air pasang besar turut menyebabkan pertembungan air laut dan kejadian hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir

Sumber:KOSMO

BACA: [VIDEO] Anggota Bomba nyaris lemas bantu mangsa banjir

COMMENTS