Kalau Tidur Di Hotel Pastikan Lampu Tandas Dibuka, Ini Sebabnya…

Kalau Tidur Di Hotel Pastikan Lampu Tandas Dibuka, Ini Sebabnya…

Kalau Tidur Di Hotel Pastikan Lampu Tandas Dibuka, Ini Sebabnya…Bila menginap di hotel, adakah kamu akan tutup kesemua lampu atau hanya akan buka lampu bilik air sahaja?

Jika kamu tutup kesemua lampu dalam bilik hotel, nasihat penulis lebih baik kamu nyalakan lampu bilik air. Lebih-lebih bila bersendirian.

Kalau nak tahu kenapa, ini antara sebabnya…

#1 Tidur Akan Lebih Nyenyak
Berdasarkan kajian, buka lampu bilik air akan buatkan tidur kamu menjadi lebih nyenyak dan tidak terganggu. Walaupun ada yang menganggap tidur boleh terganggu, sebenarnya tidak pun.

Lampu bilik air ini kebiasaannya malap dan sesuai jauh dari tempat tidur. Jadi memang tak ganggu tidurlah, malah menyelesakan diri kamu seolah-olah seperti berada di rumah.

#2 Persediaan Jika Ada Bahaya
Perasan tak bila tutup kesemua lampu, bilik hotel akan menjadi gelap gelita. Sehinggakan kalau nak buka lampu semula, terpaksalah meraba-raba mencari suis lampu. Sekiranya nasib tidak baik, kamu boleh terjatuh dari katil atau melanggar sesuatu sehingga menimbulkan kecederaan.

Ini Profil Dan Fakta Menarik Dato’ Sri Mahadi Yg Ramai Tak Tahu


Jadi sebab itulah kamu perlu buka lampu bilik air kernana kamu boleh lihat bilik dalam keadaan yang samar.

Kalau ada orang menceroboh masuk ke bilik pada tengah malam, cahaya dari lampu bilik air membolehkan kamu untuk membuat persediaan bagi melindungi diri dan sebagainya.

#3 Selesa & Lebih Selamat Pada Waktu Malam
Yang terakhir tujuan buka lampu bilik air di bilik hotel adalah untuk memberikan keselesaan dan rasa lebih selamat terutamanya pada waktu malam.

Kebiasaannya pada waktu malam, ramai yang akan bangun tidur untuk pergi ke tandas. Sampaikan ada yang dalam keadaan mengantuk dan separuh sedar berjalan ke tandas.

Apabila lampu bilik air terbuka, mudahlah kamu untuk berjalan ke bilik air tanpa perlu mencari suis lampu dan melanggar barang dalam bilik.

Itulah beberapa sebab kenapa kamu perlu membuka lampu bilik air di hotel. Walaupun ada yang selesa menutupnya, tapi penulis sarankan kamu buka untuk keselamatan diri.

Selamat beramal!

BACA:

Pasangan Pengantin Redah Banjir, Jangan Buat Naya Orang Dik”Kotorkan Baju Sewa Demi ‘Photoshoot’?
“Bermodal 50 sen, ramai yang boleh menjelajah ke bulan,”

COMMENTS