Kalau dah jodoh tak kemana, dulu selalu ‘Membawang’ sama-sama

Kalau dah jodoh tak kemana,  dulu selalu ‘Membawang’ sama-sama

Kalau dah jodoh tak kemana, dulu selalu ‘Membawang’ sama-sama,Jodoh, ajal dan maut adalah di tangan Allah SWT dan siapa kita untuk menolak takdir itu

Walaupun kita bercinta dengan seseorang itu dalam tempoh yang lama, jika tiada jodoh tidak boleh buat apa juga kan?

Sama seperti sepasang pengantin baru ini, siapa sangka mereka hanya berjiran sebelah rumah dan akhirnya bertemu jodoh telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dulu selalu membawang sama-sama, tak sangka berjodoh pula

Menerusi video yang dikongsi oleh @eyda.rahm4n, kelihatan dia berada di majlis walimatulurus adik lelakinya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia merakam terdapat dua biji khemah di luar rumah mereka yang diletak bersebelahan.

Rupa-rupanya, adiknya itu berkahwin dengan jiran sebelah rumah mereka saja. Siapa sangka, jodoh mereka rupa-rupanya selama ini di depan mata saja.

“Nak raya nanti senang, sebelah rumah je. Tak payah bergaduh” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 217.7K views, 8.6K likes dan 89 shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut menumpang bahagia buat pasangan pengantin baru itu. Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama berjodoh dengan jiran sendiri.

BACA JUGA :Pelakon Ellie Suriaty terbuka hati suntik vaksin
Kalau dah jodoh tak kemana ‘Dulu anak murid dan sekarang suami’
Pengantin baru jadikan ‘Unboxing By Husband’ trend terkini, sekali cikgu beri komen pedas

COMMENTS