Kalah 125 kerusi ditandingi Pejuang, Tun M mahu fokus menulis

Kalah 125 kerusi ditandingi Pejuang, Tun M mahu fokus menulis

Kalah 125 kerusi ditandingi Pejuang, Tun M mahu fokus menulis. PRU 15

1. Pejuang Tanahair yang mengganti Gerakan Tanah Air (GTA) kalah dalam PRU 15.

2. Saya sebagai pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat.

Kalah 125 kerusi ditandingi Pejuang, Tun M mahu fokus menulis

3. Saya harap pihak yang menang akan mendiri Kerajaan Malaysia.

4. Oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, Pejuang tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam dewan.

5. Segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksalah digugur.

6. Yang boleh dilakukan oleh Pejuang ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang.

7. Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat pulih segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

8. Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara.

9. Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.

10. Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
23 November 2022

BACA:

Siapa gadis cantik di belakang Tok Ram? Netizen mula berteka-teki

Nad Zainal masuk ICU, ini rupanya yang berlaku

Puteri Sarah mahu bertanding dalam PRU16