Kaki Ustaz Kazim Elias Membengkak Selepas Jumpa Kotak Berisi Abu

Kaki Ustaz Kazim Elias Membengkak Selepas Jumpa Kotak Berisi Abu

Kaki Ustaz Kazim Elias Membengkak Selepas Jumpa Kotak Berisi Abu.Penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) menerusi siaran live di media sosial tampil menceritakan keadaan kakinya yang membengkak dan bagaimana ia boleh bermula.

Pendedahan yang dibuat oleh Ustaz Kazim membuatkan rata-rata warganet terkejut dan pada masa yang sama turut mendoakan supaya beliau kembali sembuh seperti sedia kala.

Pendedahan Ustaz Kazim

Menerusi sesi live tersebut, Kazim mendakwa telah menerima sebuah kotak berisi abu dan gambarnya yang telah dibakar dijumpai di laluan khas tempatnya mengajar. Selepas insiden itu, beliau menceritakan kakinya mula membengkak dan perkara tersebut membuatkannya sukar untuk berjalan.

Ini dijumpai di tempat laluan saya pergi mengajar atau laluan khas saya untuk ke dewan. Dewan saya ini tempat saya mengajar di Al-Barakah, dewan besar jadi orang lain tak lalu laluan itu. Laluan itu untuk saya sahaja jadi kita jumpa abu dan dalam abu tu ada gambar saya yang dibakar.

Selepas kejadian ini, kaki saya membengkak. Mula-mula kita ingat bisul ke apa rupanya bukan. Kaki sebelah kiri memang tak boleh jalan mahu pun sentuh. Kita pun tak tahu apa benda kan, kita pandang baik kepada Allah S.W.T., InsyaAllah saya mampu.

Bila operate tiada nanah

BACA: Pasangan kekasih berselingkuh di siasat JAIM

Mengulas lebih lanjut, Kazim turut menceritakan alternatif lain yang diamalkan olehnya sebagai ikhtiar supaya kakinya cepat sembuh.

Esok ke hospital tengok apa lagi masalah, saya harap janganlah kena tahan wad, tak nak lah nak operate apa lagi. Saya tak nak dah. Jadi kita buat rawatan Islam, sejak daripada kalau tuan-tuan perasan dah 2 minggu dah kita buat rawatan. Macam-macam ubat kita dah cuba, Alhamdulillah berkesan.

Dia tak bengkak cuma agak sakit bila berjalan, bila duduk lama, kena baring ja. Bengkak dah tiada, cuma dia keras ada nanah ke tapi bila kita operate haritu tiada nanah itu yang pelik tu. Nanah tak ada darah pun tak ada ini satu benda yang pelik

Sumber: https://ohbulan.com/kaki-ustaz-kazim-elias-membengkak-selepas-jumpa-kotak-berisi-abu-gambar-dibakar-insyallah-saya-mampu

BACA: Bekas pak guard bunuh kekasih dihukum gantung

COMMENTS