Kain belah Amyza Aznan sampai nampak peha, lain pula netizen perasan

Kain belah Amyza Aznan sampai nampak peha, lain pula netizen perasan. Kemunculan aktres Amyza Aznan sebagai undangan khas ketika persembahan penyanyi Zaki Yamani dan Yamani Abdullah di konsert minggu keempat Famili Duo telah menjadi perhatian ramai.

Busana Amyza Aznan seksi

Suasana persembahan anak-anak kepada penyanyi legenda Jamil Abdillah semakin gamat selepas Amyza yang menggayakan persalinan berwarna hitam menuju ke pertengahan pentas.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah fesyen pakaian tersebut yang dianggap terlalu seksi kerana berbelah tepi sehingga menampakkan sebahagian kakinya.

Kain belah Amyza Aznan sampai nampak peha, lain pula netizen perasan

Rata-rata netizen akui terkejut dan mengkritik penampilan Amyza yang dianggap terlalu seksi malah menurut mereka gaya tersebut tidak bersesuaian dengan aktres yang berusia 46 tahun ini.

Umur dah segitu beringatlah

Perkongsian bingkisan video ketika Yamani dan Zaki membuat persembahan yang dimuat naik di Instagram TV3 telah mendapat komen negatif yang kebanyakannya mengkritik pakaian Amyza.

Dia yang tampil di pertengahan persembahan menjadi cameo dan berjalan mengeliling pentas dengan pakaian yang agak menjolok mata.

BACA:

Disyaki curi barang milik mangsa tragedi Batang Kali, penjawat awam ditahan

Belum berkahwin tapi Ronaldo, Georgina dibenarkan serumah di Arab Saudi