Jurujual terima surat ugutan “Ah long” melalui pos

Jurujual terima surat ugutan “Ah long” melalui pos

Jurujual terima surat ugutan Ah long melalui pos.Sindiket pinjaman wang haram atau lebih dikenali sebagai ah long kini turut menggunakan perkhidmatan pos konvensional dalam menyampaikan surat ugutan kepada mangsa mereka.

Seorang jurujual, Ho Xuan Zhen, 22, berkata, dia telah menerima sepucuk surat meminta dia membayar sejumlah wang yang dihantar ke kediamannya Taman Bukit Indah, di sini pada 25 November lalu.

Katanya, surat berkenaan dihantar di dalam sebuah sampul berwarna coklat dengan setem bernilai 80 sen.

Memetik laporan kosmo pengadu “Saya terperanjat dan rasa bimbang apabila membaca surat berkenaan yang mengatakan itu adalah amaran terakhir untuk saya membayar hutang wang yang dipinjam.

“Memang saya ada buat pinjaman sebanyak RM1,000 daripada dua kumpulan ah long Jun tahun lalu untuk membantu perniagaan jualan langsung yang dijalankan.

Jurujual

“Tetapi saya hanya menerima RM400 masing-masing daripada dua kumpulan ahlong berkenaan dan telah membayar sebanyak RM3,500 kepada kumpulan pertama dan RM5,300 kepada kumpulan kedua,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat MCA Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.

Tambah Xuan Zhen, dia merasakan perkara itu sudah selesai namun apabila menerima surat tersebut selepas lebih setahun, dia mula berasa terancam.

“Saya cuba menghubungi nombor yang disertakan di dalam surat itu tetapi akhirnya mereka mengugut untuk membakar rumah saya jika tidak membuat pembayaran seperti diminta.

“Selain daripada bimbangkan keselamatan diri, saya juga berasa bimbang untuk keselamatan ahli keluarga iaitu kedua ibu bapa dan adik-beradik lain,” ujarnya yang berharap tidak akan diganggu lagi oleh kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam Pasir Gudang, Lim Thow Siang yang memberitahu, pihaknya akan menghubungi ah long berkenaan dan cuba menyelesaikan perkara itu secara baik.

BACA: Tular Nissan Serena terlupa letakkan semula nozel pam minyak hampir tumbang

COMMENTS