Julia Farhana bakal bergelar ibu, tarikh nikah masih rahsia

Julia Farhana bakal bergelar ibu, tarikh nikah masih rahsia. Pelakon Julia Farhana Marin, 28, lebih selesa tidak mendedahkan tarikh perkahwinannya, namun memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dalam masa terdekat.

Mengulas persediaannya, pelakon kacukan Melayu-Itali itu berkata, dia kini sedang mempersiapkan diri bergelar isteri dan hari bahagianya.

“Sekarang persiapan perkahwinan sudah siap antara 80 sehingga 90 peratus.

“Saya sibuk dan jarang berjumpa bakal suami, tetapi saya bersyukur keluarga kedua-dua pihak sangat menyokong.

“Kami ada membahagikan tugas dan cuba melaksanakannya bersama,” katanya kepada BH Online.

Julia Farhana bakal bergelar ibu, tarikh nikah masih rahsia

Julia mendedahkan, dia berkenalan dengan Hafiz menerusi ibunya.

“Ini adalah jodoh yang diaturkan keluarga. Jujurnya, saya dan Hafiz sangat menjaga privasi, jadi kami tidak selesa berkongsi kehidupan peribadi.

“Bagaimanapun, banyak khabar angin dan fitnah tersebar disebabkan sikap kami.

“Orang tak tahu kami sudah bertunang selepas diaturkan keluarga. Ibu saya menyukai Hafiz, tetapi saya mulanya tiada niat mahu menamatkan zaman bujang lagi,” katanya.

Julia berkata, dia gembira dengan kerjayanya sebagai anak seni.

“Saya mahu fokus sebagai pelakon, penyanyi dan penerbit. Tetapi, Hafiz sangat baik, matang dan boleh dibawa berbincang apabila saya mula mengenalinya.

“Jadi, saya percaya Hafiz adalah calon lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami.

“Jujurnya, sukar buat saya mencari seseorang yang faham mengenai kerjaya saya selama ini. Namun, Hafiz berbeza dan memahami cara kerja serta kehidupan saya.

“Dia juga menerima saya seadanya. Disebabkan itu, saya mendengar cakap ibu,” katanya.

Julia mendedahkan berkenalan dengan bakal suami menerusi ibunya. - Foto IG Julia Farhana Marin

Julia mendedahkan berkenalan dengan bakal suami menerusi ibunya. – Foto IG Julia Farhana Marin

Tambah Julia, dia tidak kisah status Hafiz sebagai bapa tunggal dan bakal menjadi ibu ‘ekspres’ kepada anaknya, Laana Haura.

“Dari hari pertama sudah tentu saya fikir sama ada boleh atau tidak terima Hafiz bersama pakej anak. Saya fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

“Namun, saya tiada masalah kerana apabila berkawan dengan seseorang, kita kenalah terima sejarah hidupnya.

“Sama juga dengan Hafiz, kenalah terima cabaran hidup bersama saya. Memandangkan kami sudah sampai tahap ini, ia bermakna saya dan Hafiz sudah lama menerima semuanya,” katanya.

Mengulas adakah sudah bertemu dengan Laana, Julia berkata, dia hanya pernah Laana dari jauh kerana menghormati ibunya, Lufya Omar.

Mengulas isu perselisihan faham yang timbul antaranya, Hafiz dan Lufya, Julia memilih untuk tidak memanjangkan isu berkenaan.

“Apa yang berlaku adalah salah faham dari saya, Hafiz, kawan-kawan dan juga pihak sana. Itu sahaja yang boleh cakap.

“Bila salah faham, setiap pihak mempunyai perspektif dan persepsi berbeza terhadap apa yang berlaku.

“Benda ini tidak akan habis sampai bila-bila jika saya mengulasnya. Saya hanya mahu ketenangan dan kegembiraan untuk semua orang.

“Jadi, saya hentikan dengan satu kenyataan sebelum ini. Saya muhasabah diri dan ambil inisiatif untuk berundur.

“Masyarakat dan netizen tidak perlu tahu apa yang sedang berlaku, cukup hanya keluarga dan teman rapat tahu kebenarannya,” katanya.

Terdahulu, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Lufya pada 26 November 2016, kemudiannya bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

BACA:

Naik risau pulak bila tengok tangan Nabila Razali dengan MK tu, dekat pulak tu

Hubungan dengan Watie, Shuib akhirnya bersuara

Senarai penuh kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia