JPN Sahkan seorang kanak – kanak kekal miliki Nama Terpanjang Di Malaysia

JPN Sahkan seorang kanak – kanak kekal miliki Nama Terpanjang Di Malaysia

JPN Sahkan seorang kanak – kanak miliki Nama Terpanjang Di Malaysia.Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan bahawa nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd. Suffian masih menjadi pemilik nama terpanjang di Malaysia buat masa ini.

Pada dua hari lalu, media sosial termasuk Facebook telah dikecohkan mengenai satu hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun bernama “Mohd Sholihin” yang berkongsi nama anak perempuannya yang juga unik dan panjang.

Menurut perkongsian yang dibuat, nama yang dikongsi itu adalah Nur Shafia Aaliya Zulaika Amira Naura Aurora Yeeha Cinta Mohd. Sholihin. Nama unik itu sempat ditularkan beberapa laman Facebook sejak semalam dan hari ini sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Namun begitu, Mohd Sholihin telah tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menafikan bahawa dirinya telah mendaftarkan nama itu bagi anak perempuannya.

JPN

Menurutnya, paparan nama yang dikongsinya itu sebenarnya telah disunting dan ia hanya dibuat secara suka-suka sahaja. Nama sebenar anaknya yang telah didaftarkan adalah Nur Shafia Aaliya Mohd. Sholihin.

“Nur Shafia Aaliya Mohd. Sholihin nama sebenar, yang panjang-panjang tu edit suka-suka sahaja, jangan marah ya,” kata Mohd. Sholihin.

Mengikut rekod JPN, antara nama terpanjang lain dimiliki Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airol Anizam yang didaftarkan pada 2014.

Untuk makluman semua, JPN meletakkan syarat bahawa nama bayi yang ingin didaftarkan hendaklah tidak melebihi 80 aksara (huruf).

Nama paling pendek di Malaysia pula kekal milik seorang pelukis pelan, S Binti Rusli yang berasal dari Johor Bahru, Johor.

BACA”

Pasangan Pengantin Redah Banjir, Jangan Buat Naya Orang Dik”Kotorkan Baju Sewa Demi ‘Photoshoot’?
“Bermodal 50 sen, ramai yang boleh menjelajah ke bulan,”

COMMENTS