Jong-un lancar perang dengan burung merpati

Jong-un lancar perang dengan burung merpati

Pemimpin utama Korea utara, Kim Jong-un melancarkan perang terhadap burung merpati apabila mendakwa burung yang terbang dari negeri jiran, China membawa virus Covid-19, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Penduduk bandar bersempadan China telah melancarkan serangan ke atas burung merpati serta mendakwa kucing jalanan juga berpotensi menyebarkan virus itu.

Pihak berkuasa bandar Hyesan dan Sinuiju yang paranoid telah mengarahkan penduduk tempatan untuk menangkap dan menghapuskan merpati dan kucing liar yang kelihatan.

Di Hyesan, sebuah keluarga telah diarah mengasingkan diri di pusat kuarantin kerana didapati membela kucing secara senyap.

Keluarga itu memberitahu pihak berkuasa bahawa kucing mereka telah mati namun ia kemudiannya dirakam berkeliaran berhampiran pagar rumah mereka.

Pengawal peronda sempadan cuba untuk menangkap haiwan itu namun gagal dan ia kali terakhir dilihat menuju ke kawasan perumahan.

Kejadian tersebut dilaporkan kepada pusat kuarantin wilayah dan selepas siasatan dijalankan selama dua hari, pemilik kucing itu dipenjarakan.

Seorang sumber mendedahkan, keluarga tersebut diberi hukuman penjara selama 20 hari

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/30/jong-un-lancar-perang-dengan-merpati/

COMMENTS