Jiran bantu redah air paras leher selamatkan bayi, wanita bersalin dalam banjir

Jiran bantu redah air paras leher selamatkan bayi, wanita bersalin dalam banjir

Jiran bantu redah air paras leher selamatkan bayi, wanita bersalin dalam banjir.Mangsa-mangsa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia khususnya di Selangor telah membuatkan ramai rakyat Malaysia terkesan.

Mana tidaknya keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan ada juga yang masih terperangkap didalam banjir membuatkan warganet yang melihat berasa hiba lebih-lebih lagi banyak video tular di media sosial.

Mahu bersalin dalam banjir

Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tutynooamalina apabila memuat naik video keadaan mereka cuba membantu seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang ditenggelami air.

@tutynoormalinaTik tok dah reived video yg tadi! Sorry guys! Tq atas doa kalian! #fyp #foryourpage

♬ original sound – tutynoormalina

Dalam perkongsian video tersebut, dapat didengar bunyi suara bayi menangis dan jeritan meminta tolong seorang wanita.

Jiran tetangga yang berada. Berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan.

Syukur, wanita tersebut akhirnya selamat melahirkan bayi walaupun dalam keadaan sangat tidak selesa.

Ramai juga yang ibu bersalin dalam banjir
Perkongsian yang dibuat oleh @tutynooramalina itu telah mendapat perhatian ramai kerana berasa simpati dengan situasi yang dihadapi oleh wanita tersebut.

Bersalin di rumah dalam keadaan air banjir di paras yang membahayakan memang sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi tanpa sebarang persediaan yang cukup.

BACA: [VIDEO] Kecoh! Ada lelaki gila seks mengintai wanita mandi di pusat pemindahan ?

COMMENTS