Jika kita dilanggar kenderaan tiada insurans, ini cara untuk kita tuntut ganti rugi

Jika kita dilanggar kenderaan tiada insurans, ini cara untuk kita tuntut ganti rugi

Jika kita dilanggar kenderaan tiada insurans, ini cara untuk kita tuntut ganti rugi.

 

Anda memandu dengan cermat namun malang tidak berbau anda terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta.

 

Kereta anda remuk dan anda sendiri kecederaan hingga patah kaki.

Bila terjadi kemalangan begini kita biasanya akan menuntut ganti rugi Insurans Pihak Ketiga daripada pelanggar.

Tapi macam mana kalau pihak yang melanggar tiada perlindungan insurans? Lebih serius, pihak yang melanggar tidak punya wang untuk membayar kerosakan atau pun bil untuk rawatan anda. Jadi apa yang perlu kita buat?

Mungkin ramai tak tahu sekiranya pihak pelanggar tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans, anda boleh menuntut ganti rugi menerusi Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia yang lebih dikenali dengan MIB.

Baca juga :Tips Rahsia Yang Berguna Buat Anda Kalau Nak Bermalam Di Hotel

Berikut adalah cara-cara untuk anda tuntut ganti rugi jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak mempunyai insuran.

  • Hantar tuntutan ganti rugi anda ke MIB atau anda boleh lantik peguam bagi pihak anda.
  • Pastikan anda ingat nombor plat kenderaan yang melanggar anda. Kes langgar lari yang tiada nombor plat tidak akan diproses oleh MIB.
  • Tuntutan mestilah dihantar dalam tempoh tiga (3) tahun dari hari kemalangan.
  • MIB hanya akan membayar ganti rugi jika berlaku kemalangan terhadap diri sendiri.
    Kerosakan kenderaan dan barang peribadi tidak akan dibayar ganti rugi.
    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Surat rasmi tuntutan anda yang mengandungi butiran dan maklumat kemalangan.

  • Laporan polis
  • Laporan polis dari pihak ketiga (jika ada)
  • Laporan perubatan

Hantar dokumen lengkap tersebut ke alamat berikut:

Motor Insurers’ Bureau Of West Malaysia
Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel : +60 3-2274 7395

Jumlah bayaran yang diberikan oleh pihak MIB adalah tertakluk kepada pertimbangan MIB dan berkemungkinan besar pampasan yang diterima tidaklah sebanyak yang kita jangkakan daripada polisi insurans pihak ketiga.  Tapi lebih baik daripada tiada apa-apa langsung kan?

Membantu kan ..jadi kongsikan maklumat ini kepada lebih ramai rakan anda di luar sana .

Baca Lima negeri di jangka hujan lebat dan ribut petir esok

COMMENTS