Jenayah alam sekitar : Selangor umum ganjaran RM20,000 kepada pemberi maklumat

Jenayah alam sekitar : Selangor umum ganjaran RM20,000 kepada pemberi maklumat

Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran berjumlah RM20,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat mengenai jenayah alam sekitar di negeri itu,

Pemberian ganjaran berkenaan akan diberikan kepada penyalur maklumat sehingga pelaku jenayah berkenaan dapat dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ganjaran itu adalah bagi memastikan penglibatan orang awam dalam membanteras kegiatan jenayah alam sekitar di negeri itu.

“Maklumat berterusan dan berguna diperlukan, supaya pelaku jenayah alam sekitar dapat diberkas serta didakwa, sehingga disabitkan kesalahan di mahkamah.

“Kerajaan negeri telah merangka pelbagai strategi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang, bagi meminimumkan kesan pencemaran sungai terhadap warga Selangor,” katanya dalam satu kemaskini di laman Facebook, hari ini.

Tambah Amirudin, sokongan dan penglibatan orang awam merupakan tanggungjawab bersama dalam memelihara sumber air di Selangor.

“Diharapkan langkah ini mampu menggugat kegiatan jenayah tidak beretika itu,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) turut menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat serta bukti melibatkan pelaku pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Malah, bagi memperkasakan pemantauan air mentah di Selangor, kerajaan negeri turut menggariskan beberapa langkah yang diambil bagi menangani perkara itu.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112168/EDISI/Selangor-KL/Selangor-tawar-ganjaran-RM20000-kepada-penyalur-maklumat

COMMENTS