Jawatan kosong di FINAS, gaji cecah RM5,526.00

Jawatan kosong di FINAS, gaji cecah RM5,526.00. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ada membuka jawatan bagi mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN
  • Pegawai Tadbir N29
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  • Pembantu Operasi N11
  • Pembantu Awam H11

GAJI/ELAUN

  • Sila semak iklan penuh

Jawatan kosong di FINAS, gaji cecah RM5,526.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelayakan dalam bidang berkaitan (PMR/SPM/STPM/Diploma) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai kriteria khas yang diperlukan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

CARA PERMOHONAN

  • Cara-cara memohon:
    a) Sila klik pautan ini untuk mengisi maklumat pemohon secara dalam talian (online). http://eperjawatan.finas.gov.my/
    b) Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, faks tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda * hendaklah wajib diisi.
    c) Sila isi Nama Jawatan dengan lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan.
    1. Contoh: Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29.
    2. Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja.
    d) Senarai dokumen berikut perlu disahkan yang perlu dimuat naik (upload):
    1. Gambar berukuran pasport terkini
    2. Sijil kelahiran
    3. Kad Pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)
    4. Sijil Berhenti Sekolah
    5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    6. Salinan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (Bagi jawatan yang berkaitan sahaja)
    e) Sila klik butang submit. Pemohon akan menerima satu notifikasi “Permohonan anda berjaya dihantar”.
    f) Calon yang berjaya dan dipanggil temu duga hendaklah membawa sijil asal dan setiap salinan berikut iaitu kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil persekolahan, sijil kelulusan tertinggi dan sijil-sijil yang berkaitan jawatan yang dipohon. Semua salinan
    dokumen haruslah disahkan dengan cop asal (bukan cop salinan fotostat). (Semua dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam)
    g) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2021, 2020 dan 2019) dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta
    IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
19 September 2022 (Khamis)

INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

BACA:

Didakwa dapat ‘job’ berlakon sebab guna kabel ayah, ini jawapan Dafi

Cuti bersalin 1 tahun, gaji penuh 5 bulan… Ramai cemburu dengan Dr Amalina

Kemaskini BKM 2022 bermula 12 September susulan pengumuman LHDN