Jauh datang dari Taiping ke MAHA, wanita luah rasa kecewa

Jauh datang dari Taiping ke MAHA, wanita luah rasa kecewa. MAHA 2022 sudah membuka tirai pada 4 Ogos yang lepas dan bakal tamat pada 14 Ogos ini. Pelbagai pameran yang dipertunjukkan pada kali ini. Sekadar makluman, MAHA merupakan singkatan kepada Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show.

Manakala dalam bahasa Melayu nya pula adalah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia. Pelbagai perbadanan, syarikat dan penjual dari seluruh negeri yang mengambil tempat untuk pameran pada kali ini.

Mula dibuka empat hari lepas, sehingga ke hari ini masih ada lagi pengunjung yang membanjiri MAHA 2022 yang diadakan di MAEPS, Serdang. Pelbagai macam cerita yang didengar dan diceritakan oleh para pengunjung.

Wanita Luah Rasa Kecewa, Buahan Di MAHA 2022 Mahal. Pulang Dengan Tangan Kosong Ke Taiping

Ada cerita yang menarik dan ada juga cerita yang kurang enak didengar. Antaranya adalah makanan dan buahan yang dipamerkan dan dijual di sana agak mahal, itu adalah antara apa yang diluahkan oleh pengunjung.

Begitu juga dengan esma_nafisah, yang turut meluahkan rasa kecewa apabila buahan yang dijual di MAHA 2020 sangat mahal. Jauh datang dari Taiping namun hanya pulang dengan tangan kosong.

Jauh datang dari Taiping ke MAHA, wanita luah rasa kecewa

Menurut Esma, harga buahan yang dijual sama mahal dengan buahan yang dijual di Lotus. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menganggap, pameran sebegini akan menjual buahan dan makanan pada harga yang lebih murah.

Namun pengharapan mereka seolah-olah hancur apabila melihat barangan yang dijual pada harga yang sangat mahal. Zaman sekarang, saat rakyat dalam kesempitan pasti ramai yang mengambil pendekatan untuk berjimat cermat.

Selagi boleh mencari makanan atau barangan yang lebih murah, mereka akan tetap mencari. Walaubagaimanapun, menurut Esma lagi, program atau pameran tersebut seronok untuk anak-anak memandangkan terdapat pelbagai aktiviti yang menarik.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis, tak jadi lah nak pergi rabu nanti. Namun ada juga yang menyatakan, dia yang duduk di Kuala Lumpur pun tidak layan MAHA.

Tak jadi la nak p rabu nanti..

Ramai kata MAHA memang MAHAL..
Tidak kurang juga menurut abanganje, ramai kata MAHA memang MAHAL. Sudah lah ramai kereta kena towing. Namun dijawab baik oleh Esma, parking merata memang kena lah. Tambah rozifairu pula, kalau dari Perak pergi ladang bikam la beli jambu.

Mungkin ada sebabnya yang tersendiri kenapa buahan dan makanan yang dijual pada pameran MAHA 2022 ini sangat mahal. Walaubagaimanapun, kami harapkan moga pihak berwajib boleh bertolak ansur dan melakukan sesuatu.

Ramai rakyat Malaysia yang tersempit pada zaman sekarang, jadi agak tidak wajar apabila harga yang dikenakan atas setiap barangan terlampau mahal.

BACA:

Rupanya uncang teh boleh dibahagi dua, ini caranya.. Barulah jimat sikit

Ingatkan pelakon Gerak Khas rupanya polis betul, pangkat tinggi plak tu

Akhirnya terbongkar punca penceraian Nora Danish, ramai terkejut