Jari Lelaki Ini Kena “Frostbite” Saat Daki Gunung & Bakal Dipotong

Jari Lelaki Ini Kena “Frostbite” Saat Daki Gunung & Bakal Dipotong

Jari Lelaki Ini Kena “Frostbite” Saat Daki Gunung & Bakal Dipotong.Kerana kekurangan oksigen dan keadaan cuaca yang melampau, seorang pengembara dan jaguh pendaki gunung terpaksa memotong jarinya disebabkan oleh kesan dari frostbite yang dialaminya semasa mendaki puncak Gunung Broad Peak di Karakoram, sempadan China dan Pakistan.

Difahamkan, dia mengalami kemalangan ‘ngeri’ itu di atas puncak setinggi 8,000 meter pada Julai 2021.

Berkongsikan keadaan jarinya yang terkini, Fahad Badar yang berasal dari Qatar memuatnaik satu video di TikTok semalam dan mengatakan bahawa dia akan menjalani pembedahan untuk memotong jarinya dalam masa tiga minggu lagi.

Menerusi laporan portal WGOQatar pada bulan lalu, Fahad pernah berkongsikan dengan terperinci mengenai detik-detik ketika dia berada di puncak gunung itu.

“Perjalanan saya menuju ke gunung itu berlangsung selama dua bulan dan mengambil masa selama tiga atau empat hari untuk sampai ke puncak.

jari

“Bagaimanapun, ketika saya sampai di puncak, ada insiden yang telah berlaku iaitu seorang pendaki dari Rusia telah terjatuh dan usaha untuk menyelamatkannya dijalankan, jadi saya terlambat tiba di puncak selama 5 jam dan kehabisan oksigen,” katanya.

Dalam keadaan itu, dia mengalami halusinogen dan terpaksa kekal di atas puncak itu sepanjang malam tanpa oksigen.

@fahadbadar🤷🏻‍♂️like a rock متحجرة 🗿

♬ original sound – Fahad Badar 🏔🧗🏻🦾

Dia bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk hidup dan turun dari gunung dengan selamat. Malangnya, disebabkan ketiadaan oksigen, tangannya mengalami beberapa kerosakan serta mengalami halusinasi dan pembesaran pada bahagian otak sehingga menyebabkannya mengalami amnesia.

@fahadbadarAlJazeera coverage

♬ 春日漫游 – Official Sound Studio


“Paling teruk bagi saya adalah apabila saya mengalami frostbite ini di semua jari kiri dan satu jari kanan saya,” katanya.

Menurutnya lagi, dia pulang ke Qatar dan berusaha merawat jarinya itu selama sebulan tetapi tidak membuahkan hasil apabila ia perlu dipotong.

Gunung Broad Peak berada di tangga ke-12 dari segi ketinggiannya dan dikenali sebagai gunung yang sangat sukar untuk didaki. Bersebelahan dengannya ada gunung ‘K2’ yang dinobat sebagai gunung kedua tertinggi di dunia.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/25/video-habis-jadi-hitam-mati-jari-lelaki-ini-kena-frostbite-saat-daki-gunung-bakal-dipotong/

BACA: Cemas Kepala Air Tiba-tiba ‘Menyerang’, Dua Dilapor Maut, Seorang Masih Hilang
BACA: Majlis bertukar Kecoh Bapa Pengantin Perempuan Sepak Bakal Menantu Ketika Akad Nikah
BACA: Seorang Wanita dikecam paut lengan suami orang

COMMENTS